Tuesday, September 15, 2009

"TiGa TrAGeDi RaMaDhAn"


"Tragedi Di Bulan Ramadhan"

Tarikh:30 Ogos 2009
Lokasi:Pasaraya SOGO
Kes:Kehilangan Anak

Dimana sepasang suami isteri ni kehilangan anak lelaki berusia tiga tahun...
Mak dan Ayah ni sibuk memilih baju raya terlupakan anak mereka dah tak ada disisi...
Ibu kepada kanak-kanak itu, yang dalam keadaan menangis bertanyakan adiwarna, nampak tak anak lelaki dia berusia tiga tahun memakai baju warna kuning berkeliaran disini...
Dapat rasakan,bagaimana ibu ini menanggung kesedihannya...
Suaminya pula, menyalahkan si isteri dengan memarahi si isteri...

Tarikh:12 September 2009
Lokasi:Pasar Malam Masjid Jamek
Kes:Seluk Saku

Seorang remaja perempuan bersama empat kawannya sibuk memilih tudung untuk dipadankan dengan baju kurung yang dibawa oleh mereka...
Sewaktu hendak membayar; salah seorang daripada mereka kehilangan beg duit...
Waktu tu, adiwarna dan kawan baru sahaja sampai di lokasi...
Kesian remaja perempuan tu.Menurut Pak Cik tu, didalam beg duit remaja perempuan tu terdapat lesen,ic,kad ATM dan RM400...Beg yang digalas dibelakangnya koyak akibat ditores dengan pisau...

Tarikh:15 September 2009
Lokasi:Kampung Pandan Dalam;Ampang
Kes:Kemalangan

Depan mata sendiri...
Seorang remaja perempuan sekolah yang menaiki motosikal terjatuh di tengah jalan akibat dilanggar sebuah motosikal lain...
Ambil tindakan; menolong remaja perempuan tu, untuk mengelakkannya daripada dilanggar kenderaan lain...
Baju sekolahnya terkoyak dan luka dikaki dan tangannya.Keadaan menjadi kecoh seketika...
Dua orang polis datang ketempat kejadian dan adiwarna beredar tuk ke office.

Note : "Berhati-hati dan Jangan Cuai"

No comments: