Thursday, September 3, 2009

"CeLoTeH CiK ZuRa"



"Inilah rupanya Simpul Kasih Adiwarna"
Hari ini ketiga belas sudah kita berpuasa...
Owahhh cepat sungguh masa berlalu...
Semalam kuih raya yang pertama menyusul...
Membuat simpul kasih...
Menggunakan serunding ikan sebagai intinya...
Selain itu boleh juga diletakkan serunding ayam atau daging...
Serunding ini hendaklah dikisar sehalusnya...
Kemudian disimpul...
Memerlukan daya kreatif dan bukan semua orang mampu menyimpul dengan ikatan yang baik...
Agak leka menyimpul kulit popia ini berintikan serunding ikan...
Setelah siap simpul; digoreng dengan minyak sederhana panas...
Goreng simpul kasih ini dengan warna kekuningan...
Ala-ala kuning langsat gitu...
Sedappp......dan melekakan bila makan simpul kasih ini...
Dapatlah menyiapkan dua balang simpul kasih semalam...
Harga dipasaran RM15.00 hingga ke RM 17.00 sebalang kecil...
Mahal tu!!!...
Terfikir; untung juga kalau berniaga simpul kasih ni...
Lebih baik buat sendiri...
Simpul kasih ini agak mahal disebabkan serundingnya pun mahal harganya di pasaran...
Bukan mudah hendak membuat serunding ni ya...
Dipasaran; serunding dijual dengan harga RM30.00 dalam 1kg dan RM15.00 dalam 1/2kg...
Itu sebablah; simpul kasih ini dijual dengan harga yang agak tinggi...
Semua menggemarinya...
Atas permintaan adik-adik yang menyuruh membuat simpul kasih ini...
Hajat kamu Achik dan Adik ditunaikan...
Tahun ini seperti yang disenaraikan;
Membuat kuih raya; Simpul kasih,Batang Buruk,Almond London,Cornflakes Coklat,Biskut Kelapa dan Biskut Cornflakes Madu...
Ini bahagian saya ya...
Mama beritahu semalam; nak mengajar dan menurunkan resipi moyang kepada saya...
Wahhh bestnya dapat belajar membuat kuih karas,goyang dan tempeyek raya tahun nie...
*Ilmu mesti dicari dan rugi tak diwarisi...*



6 comments:

LayarLara said...

Adiwarna...

Nak ititttttttttttttttttt!!!

Rajin sungguh dinda ni ye... tak sia2 kanda didik dinda ngan ilmu menyimpul ni... hahahhaha

Err dinda sok..sek..sok..sek.. bukan tempeyek laaa tapi REMPEYEK... waaa sangat shy2 tau kalau sebut TEMPeyEK kat Johor..

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI KANDA SEKELUARGA!

Adiwarnatasya said...

Kanda;
Boleh ajer; mai la Berhari Raya dirumah dinda...

Oppss; di Johor "Rempeyek" Kanda...
Tapi; Di Perak dan Family Dinda memanggilnyer "Tempeyek"

"SeLaMat HaRi RaYa;MaAf ZaHiR BatiN BuAt KaNda SeKeLuaRga JuGa Di SaNa...;)"

Shida said...

Wahh..buat kuih raya sendrik ekk...bestnya. Mesti sedap tu.

KilauJauharah said...

aah..ara pon pangge tempeyek kat sgor nih hehe...
aik adi kata da tak larat wat btg buruk dah taun nih?

Adiwarnatasya said...

Shida;
Semestinya:)
Mai la Beraya di rumah saya Kak Shida.

Adiwarnatasya said...

Ara,
Buat jugalah batang buruk tu.
Permintaan Abah.Abah Adiwarna suka makan Woooo:)