Friday, September 11, 2009

"ChiT ChAt DuiT RaYa"

Berkenaan duit raya nie teringat zaman kanak-kanak dulu...Hari Raya paling dinantikan.Sebabnya tak sabar-sabar nak bersalaman dengan Abah, nak dapat duit raya...Kebiasaanya, Abah akan memberi RM50 seorang kami adik-beradik...Mewah la... RM50 tu dah besar nilainya waktu tu...Kalau dulu RM50 dah boleh beli macam-macam...Tapi sekarang, jangan haraplah...Mama pulak tak bagi duit raya.Mama lebih suka belikan kami baju raya, kami adik beradik...

Kebiasaan, di pagi raya macam biasalah bangun seawalnya mandi sunat Hari Raya...Selepas itu menolong Mama didapurnya menyiapkan sarapan pagi terutamanya kuih apam yang dibuat oleh opah,lemang,ketupat daun palas sudah semestinya dimakan bersama serunding daging atau ayam dan juga rendang tok...Rendang Tok ni memang wajiblah bagi keluarga kami..."Rendang tradisi di negeri Perak"...dan juga Roti Jala yang dimakan bersama dengan Kari Ayam.

Menu berat yang lain; seperti Lontong ke,Nasi Tomato ke,Nasi Hujan Panas ke,Nasi Minyak ke,Mee Kari ke,Mee Rebus ke,Kueh Tiaw Sup ke akan dijadikan juadah makan selepas balik sembahyang raya dan makan bersama keluarga yang lain...

Sebelum sembahyang raya kami adik beradik akan bersarapan pagi bersama dengan Abah dan Mama...Adik-adik lelaki dan Abah nampak segak dengan baju melayu beserta samping mereka dan yang perempuan cantik berbaju kurung...Warna sedondon dah semestinya.Duduk dan makan bersama...

Selepas makan, kami sekeluarga akan ke ruang tamu;Mama dan Abah akan duduk di Sofa... Mmmm kami adik beradik akan berbaris dimulai anak yang pertama bersalaman dan mencium tangan dan pipi Abah dan Mama;sambil memohon ampun semua dosa salah dan silap kepada Abah dan Mama...Pas tu sampul duit raya pun keluarlah dari poket besar abah itu...Huhuhuhu...Dapatlah duit raya; hooorayyy...Nakal waktu tu sebenarnya; duit rayalah yang dinanti-nantikan...Pas tu sibuklah kami adik beradik masuk bilik buka sampul raya tengok dalam tu ada berapa banyak RM???...Mulalah tengok sampul orang nie...orang tu...takut dapat tak sama...heheheheee

Pas tu pergi sembahyang raya bersama...Balik daripada sembahyang raya, kami terjah ke rumah opah pulak misi dan visi seterusnya...Bersalaman dengan opah,atuk,mak saudara dan bapa saudara...Keluarlah lagi sampul duit raya berwarna warni dari poket mereka...Mmmm memang best waktu tu...Rasa kaya sangat;maklumlah setahun sekali dapat pegang duit yang banyak...

Hari Raya Kedua paling best yang dinantikan..."Open Hause" menjadi kewajipan setiap tahun di Hari Raya Kedua.Semua adik beradik Opah,Mama dan Abah akan datang ke rumah kami berkumpul.Waktu tu pun semua pakat bersalaman sepupu sepapat,pak cik mak cik yang tua dan muda,terutamanya kanak-kanak sebab nak dapat sampul duit berwarna tu....

Hari Raya Ketiga ketiga pula,balik kampung rumah sebelah Abah..."Hohoho Balik Kampung...Hohoho Balik Kampung hati girang...."dan beraya dulu di rumah "Bah"..."Bah" ni Opah lah paggilan opah di sebelah Abah...pelik kan bunyinya....dan selepas itu misi dan visi seterusnya ke rumah mak saudara dan bapa saudara...Pergi beramai ramai dengan adik beradik Abah...

Bosan juga tunggu mereka bersembang...maklumlah waktu tu kan kecik lagi...Tak paham apa yang disembangkan mereka..."dalam hati nie; Bilalah mereka nie nak sudah!!!"Bila la mereka nie nak kata, jom balik..."Dapat je lampu hijau;Mmmm....kerianganlah kami sepupu sepapat sebab tak sabar nak balik...Dapat duit raya lagikkk!!! yepiiiiiiiiiiiiii...Memang best jadi kanak-kanak waktu tu...

"Sekarang,mengeluarkan duit raya sudah menjadi kewajipan...Masa kecik-kecik dulu menerima...Sekarang memberi...:)"

2 comments:

KilauJauharah said...

hmm...nak duit rayer...

Adiwarnatasya said...

Ara;
Mana boleh...
Kau dah tua arr wakakakakak:)