Wednesday, November 2, 2011

"Kenapa tubuh wanita panas semasa hamil?"

Ternyata Cik Adi sendiri pun tidak selesa dengan keadaan sendiri...
Selalu gelisah, susah nak tidur, sakit sendi-sendi anggota badan dan suhu badan pun selalu kepanasan...

Cik Adi google, mencari faktor penyebabnya...
Selain itu, Cik Adi turut bertanya kawan-kawan...
Risau juga keadaan diri ini tidak normal...

Menurut kawan-kawan Cik Adi, normal untuk ibu hamil dalam keadaan begini...
Sentiasa suhu badannya berasa panas...
Ohh ye...

Menurut apa yang Cik Adi baca dan google;

"Tubuh wanita banyak mengalami perubahan hormon ketika mengandung. Kadar metabolisme menjadi semakin bertambah apabila mengandung sampai tubuh badan wanita akan rasa panas.

Keadaan bayi yang semakin membesar juga menyebabkan tubuh ibu cepat berasa panas. Penghasilan hormon progesteron akibat meningkatnya suhu tubuh janin dalam kandungan boleh menyebabkan rasa panas.

Peningkatan peredaran darah semasa hamil membuatkan ibu sering berasa panas. Peningkatan aliran darah berlaku apabila hormon progesteron membuka lebih banyak saluran kecil darah di dalam permukaan kulit. Kapilari yang dipenuhi darah inilah yang membuatkan tubuh wanita hamil panas.

Kebiasaannya tubuh wanita hamil akan rasa panas apabila kandungan masuk 6 minggu dan rasa menjadi semakin kuat apabila kandungan berusia 32 minggu. Dalam situasi serius, kadangkala kepanasan ini boleh menyebabkan ibu-ibu pitam dan pengsan".

Sungguh sangat merbahaya kan...!!!
Bersabarlah Cik Adi ye...

::Zai Jian::