Monday, June 29, 2009

"Kisah Rasullullah S.A.W Dengan Limau"

Suatu hari Rasullullah S.A.W didatangi oleh wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk Baginda. Cantik sungguh buahnya. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Baginda Rasullullah S.A.W seulas demi seulas dengan senyuman.

Biasanya Rasullullah S.A.W akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasullullah S.A.W terus makan. Setiap kali makan dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari Baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasullullah S.A.W itu. Lalu mereka bertanya...

Dengan senyuman Rasullullah menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada diantara kalian akan mengeyitkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab itu saya habiskan semuanya". Begitulah akhlak Rasullullah S.A.W.

Note : Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang yang bukan islam.

2 comments:

unlimited_junki said...

waa... tu la nabi kita kan akak.....

Adiwarnatasya said...

Dilla,
Betoi tu.Pandainyerrrr:)