Wednesday, June 30, 2010

"Mengkudu Siam Masak Lemak Cili Api"





























Cuti hari ini apa yang Cik Adi masak yer...
Bagi memenuhi masa terluang...
Cik Adi mencuba ulam mengkudu siam dimasak lemak cili api...
Mari kita berkongsi bersama;...
Pernah dengar tak mengkudu siam...
"Pucuk Mengkudu Siam" ini sangat sedap dijadikan ulam kerabu atau dimasak lemak cili api...
Sangat teruja!!!...
Bagus untuk awet muda;melancarkan perjalanan darah dan kesihatan dalaman badan...
Ulam ini adalah hasil tanaman bonda Cik Adi...
Sangat bagus dikomersialkan...
Rasanya tidak pahit;ala-ala manis...
Perghhh;mengancam habis!!!:)...
::Zai Jian::

"Masak Lemak Umbut Kelapa:)"





























Balik kampung kali ini Cik Adi duk dapur memasak sahaja...:)
Buat kata adik-adik;dah jemu dengan masakan Mama...
Jadinya;untuk tidak mengecewakan permintaan adik-adik,Cik Adi memasak...
Rasanya apa yang Cik Adi memasak tu???
Pernah dengar "Masak Lemak Umbut Kelapa"???
Haa;
Inilah rupanya masak lemak umbut kelapa...
Sangat manis dan sedap...
Berani potong jari beb!!!
Hehehee:)
Mana datang manisnya???
Sudah tentu 100% daripada isi umbut kelapa...
Tiada sebarang gula digunakan...
"Masak Lemak Umbut Kelapa" ini kesukaan keluarga Cik Adi...
Cik Adi suka meratah jer umbut ini...
Umbut Kelapa ini buat kerabu pun sedap...
Lepas itu ditambahkan dengan rebusan kerang + kerisik +mayang bawang,halia/lengkuas,cili padi,daun kunyit halus-halus + Lada Hitam + Perahan Limau...
Perghhh memang sedap!!!
Sesekali balik;tukar selera kampung kan...
Kalau balik;memang suka duduk dapur bersama Mama:)
Mama sangat rajin memasak...
Apa sahaja yang diminta Cik Adi nak makan;Mama pasti tunaikan...
Sayang sangat Mama:)
Tapi dalam masa yang sama;adik-adik pun sama meminta Cik Adi memasak...
Heheee sangat bijak mereka kan...:)

"Kuih Ketayap:)"





































Ini juga kuih kesukaan Cik Adi...
Haa;kuih ketayap...
"Buat kata bonda;kuih ketayap ini sedapnya bergantung kepada intinya"...
Sebab apa???
Kebanyakan yang berniaga atau menjual kuih ketayap ini hanya menggunakan hampas kelapa yang diadun untuk dijadikan inti ketayap...
Ermmm;sangat tidak asli!!!...
Jadi;
Itu sebablah Cik Adi tidak berminat untuk membeli kuih ketayap kalau di KL...
Sebabnya tidak asli kan...
Buat sendiri sangat puas hati...
Terasa segala rasa yang hendak dan suka...
Saat Cik Adi suka;adalah semasa proses melenggang tepung di dalam kuali:)...

"Kuih Cara:)"






















Balik kampung;Cik Adi belajar buat kuih cara dengan bonda...
Tidak menggunakan sebarang pewarna...
Hanya 100% air pandan sahaja;bagi mendapatkan haruman wangi dan warnanya...
Sengaja digaringkan sedikit kuih cara ini...
Sebabnya;
Cik Adi lebih suka kuih cara yang garing sedikit + gula yang lebih...
Fuhhh sungguh menyelerakan!!!...
Bagi cara berlauk pula caranya sama juga...
Bezanya ditengah;diletakkan adunan lauk-lauk berempah (daging atau ayam) + daun sup + cabai merah atau taburan bawang goreng...
Mengikut citarasa dan kesukaan...
Sekarang Cik Adi dah pandai buat kuih cara...
Puasa pun dah tak lama lagi...
Bolehlah Cik Adi jadikan kuih cara sebagai salah satu menu untuk berbuka puasa nanti kan...:)

Tuesday, June 29, 2010

"Laksa Utara:)"





























Laksa Utara...
Perghhh sangat sedap "kuah laksa" ini dipadankan dengan "laksa tepung"...
Pastinya asli!!!
Atas permintaan adik-adik yang hendak makan air tangan Cik Adi...
Maka;hasrat mereka ditunaikan:)...
Haa;
Laksa Utara juga salah satu daripada menu kesukaan Cik Adi...
Sangat puas makan dengan hasil air tangan sendiri...
Berbaloi daripada beli...:)

Monday, June 21, 2010

"OwaHhh...OwaHhh:)"

Yehaaaaaaaaaaaaaaaaa:)...



Dapat Award lagi Cik Adi:)...

Thanks yer Noni Award ini...

Sangat-sangat terima kasih sejambak bunga rose Hehehee:)...

"Semoga Persahabatan Ini Kekal Abadi:)"...

Sunday, June 20, 2010

"Onde Buah Melaka:)"





























Inilah dia kuih tradisi orang Melaka...
Buat kata Abah;
"Buah apakah apabila masak;ianya terapung...
Itulah gurauan Abah Cik Adi kepada anak-anaknya..."
Sudah tentu jawapannya "Onde Buah Melaka"...
Warna adalah kehidupan Cik Adi...
Maka terhasil la ilham Onde Buah Melaka berwarna-warni...
Sangat menarik kan???
Rasanya???
Owahhh;
Sudah tentu sedap!!!...
Bila dikunyah dan digigit terasa cairan gula melaka didalamnya...
Disalut dengan kelapa putih + sedikit garam...
Tersangat enak...:)
Kebiasaannya Onde Buah Melaka disajikan setiap Bulan Ramadhan...
Menjadi kewajipan kan...
Buat menu dipetang hari...
Sangat sesuai...
Sambil beristirehat bersama keluarga tercinta:)...
::Zai Jian::

"Spaghetti Mushroom:)"
























































Ha haa...
Menu "Tengah Hari" Cik Adi hari ini...
Spaghetti Mushroom + Cincangan isi ayam...
Perghhh sungguh menyelerakan...
Sangat sedap!!!
Cik Adi berjaya membuat "Sos Spaghetti" yang sangat pekat dan memikat hati...
Owahhh...:)
Hanya dengan Tomato puri + Olive oil + Bawang Merah + Tomato + Daun Basil + Isi Ayam + Cendawan + atau Sedikit cincangan dadu bawang putih (jika perlu) + Penambah perisa...
Yummm...yummm...:)
Bagi hasil rebusan spaghetti yang cantik;
Cik Adi telah + sedikit minyak semasa proses rebusan...
Sangat menarik!!!
Cantik;Tertarik...:)