Wednesday, October 21, 2009

"KeJaM SuNgGuh!!!"

Didera, Dirogol, Diliwat
*Sama-sama baca petikan berita dibawah:-*
KAJANG: Kejam dan tidak berperikemanusiaan apabila seorang lelaki Afrika didakwa sanggup mendera, merogol dan meliwat anak kekasihnya yang baru berusia tiga tahun sehingga kanak-kanak itu menemui ajal.Malah, kekasih wanita terbabit yang juga seorang janda berusia 24 tahun tergamak bersekongkol dengan warga asing itu apabila sanggup berbohong dengan mereka cerita kononnya anaknya mati akibat didera pembantu rumah.Bagaimanapun, siasatan polis mendapati fakta dalam keterangan diberikan wanita yang bekerja sebagai setiausaha itu meragukan sebelum merumuskannya sebagai pembohongan apabila mendapati wanita terbabit tidak pernah menggaji pembantu rumah yang didakwa melarikan diri sejurus selepas tragedi menyayat hati itu.Sumber polis berkata, wanita rakyat tempatan itu dikesan menjalinkan hubungan dengan lelaki Sudan terbabit sejak beberapa bulan lalu.
Menurutnya, lelaki warga asing itu sebelum ini memasuki Malaysia menggunakan visa pelajar dan menuntut di sebuah kolej swasta di ibu kota.
“Bagaimanapun, lelaki berusia 24 tahun itu hanya belajar sebulan sebelum tinggal bersama kekasihnya iaitu wanita warga tempatan di sebuah kondominium di Batu 9, Kajang.“Difahamkan, lelaki Afrika terbabit tinggal serumah dengan wanita tempatan itu yang mempunyai seorang anak perempuan berusia tiga tahun hasil perkahwinannya sebelum ini,” katanya.Menurutnya, lelaki terbabit yang kerap diminta menjaga kanak-kanak terbabit dipercayai sering memukul selain merogol dan meliwat mangsa terutama ketika ibunya tiada di rumah kerana keluar bekerja pada waktu siang.“Namun, pada 12 Oktober lalu, ibu mangsa yang pulang ke rumah jam 9 malam terkejut apabila mendapati anak perempuannya koma dengan keadaan tubuh tidak bermaya.“Wanita terbabit segera membawa anaknya untuk mendapatkan rawatan di Hospital Kajang, namun mangsa dilaporkan mati akibat kecederaan serius terutama di kepala,” katanya.Menurutnya, wanita terbabit yang membuat laporan polis susulan kematian anaknya, mendakwa kanak-kanak perempuan itu mati akibat didera pembantu rumahnya.“Menurut wanita itu, pembantu rumahnya bagaimanapun melarikan diri sebaik dia pulang ke rumah sejurus kejadian. Namun, polis mula mengesyaki sesuatu tidak kena apabila siasatan mendapati suspek tidak pernah menggunakan khidmat pembantu rumah asing.“Malah, rasa curiga semakin kuat apabila hasil bedah siasat pihak hospital menemui kesan kecederaan pada kemaluan mangsa selain kesan sama pada dubur dipercayai akibat diliwat. Malah, tubuh dan muka mangsa dipenuhi kesan luka lama dan baru dipercayai akibat dipukul dengan teruk,” katanya.Menurutnya, polis yang menyedari berlaku kes pembunuhan kejam terhadap mangsa bergegas ke kediaman suspek pada 13 Oktober lalu bagi melakukan pemeriksaan lanjut.“Hasil beberapa bukti diperoleh, polis menahan pasangan kekasih terbabit sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang untuk siasatan lanjut.“Setakat ini, kedua-dua suspek mengaku melakukan penderaan terhadap kanak-kanak terbabit yang membawa kepada kematiannya,” katanya.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Sakaruddin Che Mood mengesahkan kejadian pembunuhan itu namun enggan mengulas lanjut.“Perbuatan berkenaan amat kejam dan tidak berhati perut terutama terhadap kanak-kanak yang tidak tahu apa-apa. Pihak polis akan melakukan siasatan secepat mungkin bagi memastikan individu yang melakukan jenayah itu mendapat hukuman setimpal,” katanya.Menurutnya, kedua-dua suspek ditahan reman sehingga Ahad ini dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.

Petikan:Berita Harian Metro; Tarikh:21 Oktober 2009 (Rabu)

Note : Kesian anak yang tak berdosa tu...Memang kejam sungguh!!!;Haiwan pun sayangkan anak...


20 comments:

ed shahir said...

yaallah...ed tengok berita nie semalam kat tv...sedih rasa..nape la jahat sampai macam tu sekali....

cian budak yang x berdosa tu...x cukup dengan mak,anak pon nak hentam..

manusia jenis ape nie..

adiwarnatasya said...

Ed,
Orang gitu hukum sula atau gantung sampai mati jer!!!
Balasan kejam dibalas kejam...
Tu bukan manusia lg ed...

aza ni said...

innalillahiwainna ilaihi rajiun....al fatehah kpada si arwah...balasan yang pastinya amat dashat bagi ibu dan pasangannya...tunngu saja....di dunia...kemudian dikubur...akhir sekali akhirat tanpa penghujungnya...

..G a R a P p U.. said...

giler kejam.. takper.. nanti ader balasan jugak.. tengok la nnt...!!

adiwarnatasya said...

En.Azani,
Aminnn...
Betul tu En.Azani.
Takkan terlepasnya mereka berdua.

adiwarnatasya said...

Betul tu dik.
Tu arr kesian budak tu kan...

idot said...

xtahula nak panggil aper manusia mcm ni... rasa2nya memang xlayak langsung jadi manusia. Memang kita tidak berhak untuk menghukum@ menamakan mereka dengan gelaran yg tidak baik tapi dengan kelakuan yang lagi sadis dari binatang,tiada akal& fikiran, tiada perasaan yang betul2 tiada PERIKEMANUSIAAN, mereka sememang2nya tidak layak di panggil manusia. seorang insan yang layak di panggil ayah, yang layak memberi kasih sayang sepenuh hati pada insan bergelar anak tapi mengapa perilaku kejam yang harus si anak terima?? yang lebih menyedihkan lagi, insan yang melahirkan si anak dari rahimnya SENDIRI, yang di kandung 9 bulan sanggup mengenepikan si anak yang tidak berdosa menjadi mangsa nafsu buas kekasih sendiri?? layak ke mereka ini di gelar MANUSIA..

Ya Allah, sesungguhnya kami tidak layak untuk SYurga Mu, tetapi tidak pula kami sanggup menahan seksa Neraka Mu...

adiwarnatasya said...

Idot,
Ternyata tidak layak!!!
Sedangkan haiwan pun sayangkan
anak2nya...

KilauJauharah said...

hermm..si sudan tuh dah tentu org luar, yg mak budak ler yg paling2 kejam tak syg anak sdiri!
Hanya Allah sj yg akan mblsnya.

adiwarnatasya said...

Ara,
Tak tau nak cakap apa;mak jenis apakah itewww...((()))

DrSam said...

Menyayat hati. Binatang pun lebih berhati perut dan ada kasih sayang.

adiwarnatasya said...

Dr,
Betul tu.

Mesayu Kirana said...

ya allah..dlm dunia yang makin pesat nih masih ader lagik manusia yang akal nyer serendah binatang...sedih biler terbaca kes2 penderaan kanak2.

LayarLara said...

meh kita buat bende yang sama pada si pelaku...

adiwarnatasya said...

Mesayu,
Sedih kan...
Tak ada naluri kesian langsung.

adiwarnatasya said...

Kanda,
Jom...
Kita upah yg sanggup.
(heheheeiii)

sue-ab said...

salam kenal jugak....
Yang jantan afrika tu memang setan!!binatang pun tak buat gitu..dia bukan taraf binatang..dia 1 level dengan iblis n setan..tapi dalam kes ni yang paling jahat bagi aku ada lah pompuan seketeri tuh..dajal betina...

adiwarnatasya said...

Suhaila,
Yo!!!
Betul tu Suhaila.
"Si Afrika & Secretary tu ada otak,ada akal,tapi letak dikepala lutut"

zumairi said...

salam...tq komen blog saya adiwarnatasya...nak tgk gambar perempuan(mak budak ni
) yg biarkan anak dia kena rogol.liwat,dera dan bunuh oleh bf dia lelaki afrikatu leh la email saya zumairi@gmail.com...kalau da tgk ok lah...just bagi info

adiwarnatasya said...

W'salam..,
Sama-sama.
Adiwarna dah tgk dah gambar mak budak nie.
Nnt sampaikan salam adiwarna kat ira yerr..Lama dh tak jumpa ira:)