Thursday, October 15, 2009

"KaHwiN PaKsA"

Alangkah bahagianya mendapat CINTA sendiri...
Hidup bersama yang disayangi...
Mendirikan mahligai bahagia bersama yang di CINTA..."i"

Kalau dulu perkahwinan atas dasar pilihan keluarga tak menjadi masalah...
Malahan datuk,nenek,moyang kita dulu BAHAGIA jer sampai ke akhir hayat bersama pasangan mereka...

"TANPA CINTA" mereka berkahwin...
Mereka BERCINTA selepas berkahwin...
Kahwin pun tak mengenali antara satu sama lain...
Semua keluarga yang aturkan...
Hanya tatapan gambar menjadi kenalan kepada setiap pasangan...

Berbalik kepada persoalan kenapa "KAHWIN PAKSA" yang ingin diceritakan...
Buat si dia yang sedang membuat MASTER di UIA telah dipaksa berkahwin dengan pilihan ibu dan ayah nya...
Bukan si dia tidak mahu berkahwin...
Bukannya hendak menjadi anak dara tua...
Baginya bukan mudah untuk mencari cinta sejati...
Masih mencari dan terus mencari pilihannya dihati...

Kedatangan ibu dan ayah nya pada kali ini membawa hajat...
Hajat yang berkali-kali ditolak si dia sebelum ini...
Pelbagai alasan diberikan...
Sebab tak nak berkahwin dengan pilihan keluarga...
Bagi keluarganya budaya,adat,kekayaan dan tradisi keluarga menjadi keutamaan kepada ibu dan ayah nya...
Ibu dan ayah nya berkehendakkan pilihan mereka dan tidak mahu menerima pencariannya sendiri...
Walaupun si dia dibesarkan dengan kesenangan dan kekayaan...
Bukan itu yang ingin dicarinya selama ini...
Si dia mengharapkan sentiasa restu daripada keluarga;untuk kebahagiaannya kelak...

Tidakkah terkejut dibuatnya; kedatangan mereka kali ini memaksa untuk si dia berkahwin...
Diberi tempoh seminggu untuk membuat keputusan...
Dipaksa bertunang sekejap dan terus berkahwin Disember ini...

Tak mampu untuk si dia menolak kehendak kedua ibu ayah nya lagi...
Sekiranya dia tidak menerima perkahwinan ini; ibu dan ayah nya tidak mahu mengaku anak dan mereka tidak mahu mengambil tahu halnya lagi...
Dibuang daripada keluarga...
Susah atau senang ditanggung sendiri...

Haruskah dia menerima perkahwinan ini...
Sedangkan untuk mengenali dulu pasangan pilihan ibu ayah nya tidak dibenarkan...
Ibu dan ayahnya memberitahu tak perlu kenal...kerana semuanya telah diatur dengan baik pilihan mereka untuk anaknya...

Buat si dia aku dan kawan-kawan yang lain sebagai sahabat kamu tak mampu menghalang kehendak ibu dan ayah kamu...
Buatlah keputusan yang terbaik dan yang paling baik buatlah solat istikarah minta petunjuk daripadaNya...
InsyaAllah...DIA maha mengetahui dan akan memberi pertolongan dan petunjuk untuk kamu...

Note:Doa yang terbaik daripada kami sentiasa untuk kamu...
Kami turut gembira jika kamu gembira...
Jika kamu bersedih kami pun turut bersedih...

::adiwarnatasya mewakili yang lain::


4 comments:

idot said...

Jodoh sesungguhnya Ketentuan yang Maha Esa... Kita sebagai manusia hanya mampu merancang.. aper pun keputusan yang bakal dibuat oleh sahabat anda, Pohon lah Petunjuk dari yang Maha Esa, sesungguhnya hanya Dia yang lebih Mengetahui... memang sukar untuk mengabaikan perasaan dan hati sendiri tapi kita perlu ingat tanpa IBU&BAPA kita tidak akan muncul di dunia bertuah ini.. Doa, Usaha, Ikhtiar & Tawakal... DUIT!

adiwarnatasya said...

Ida,
Yaa betul tu...
Thanks ida:)

Ahmad Zulfadhli Zulkefli said...

mudah2an psanggannya nie adalah lelaki yang soleh walaupun terpaksa kahwin paksa, insyaAllah...cinta akan datang kemudian... =)

adiwarnatasya said...

Putra,
InsyaAllah;Aminnn:)...