*Bahan-bahannya (Bahan untuk kulit)...
2 cawan tepung gandum
1 biji putih telor sahaja
3/4 cawan air
1 sudu besar cuka
secubit garam
secubit garam
*Bahan-bahan untuk inti (boleh buat inti ikut suka atau cara tersendiri)...
1/2 biji kobis - diricih halus (kalau suka)
2 biji sederhana besar carrot - disagat halus
1 biji sederhana bawang besar
1 sudu besar sos tiram
1 sudu makan udang kering atau udang hidup
1/2 biji kobis - diricih halus (kalau suka)
2 biji sederhana besar carrot - disagat halus
1 biji sederhana bawang besar
1 sudu besar sos tiram
1 sudu makan udang kering atau udang hidup
6 tangkai kacang panjang dipotong dadu
2 buku Tauhu yang digoreng dengan kunyit dan dipotong dadu setelah siap digoreng...
Nak letak telur lenggang atas kuali pun boleh dan dipotong halus-halus...atau taugeh ker;sengkuang ker; timun ker;daun sup yang diricih halus-halus pun boleh...(ikut kesukaan)
Garam secukupnya dan sedikit kunyit
Minyak untuk menumis
Garam secukupnya dan sedikit kunyit
Minyak untuk menumis
*Blend bawang besar+bawang putih+udang kering atau udang hidup...Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan blend tadi. Kemudian masukkan sos tiram + garam+ kunyit sedikit... Kemudian masukkan sayuran,tauhu goreng dan masak hingga layu yaa...
*Bahan-bahan untuk (sambal atau sos popia)...
15 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
15 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
Gula putih sedikit (lebih kurang dalam 1 atau 2 sudu besar)
Gula kabung atau gula perang agak-agak yerrr (kalau gula kabung 1 buku kecil jer dan gula perang 3 sudu)
2 sudu besar kicap manis (boleh juga letak petis atau otak udang kalau suka)
Gula kabung atau gula perang agak-agak yerrr (kalau gula kabung 1 buku kecil jer dan gula perang 3 sudu)
2 sudu besar kicap manis (boleh juga letak petis atau otak udang kalau suka)
Minyak untuk menumis
Garam secukupnya
Garam secukupnya
*Blend cili kering+bawang besar +bawang putih. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan blend hingga garing. Masukkan kicap ataupun petis (jika suka) dan gula kabung atau gula perang + garam secukup rasa...
*Cara-cara membuat Tepung (Kulit Popia)...
*Cara-cara membuat Tepung (Kulit Popia)...
- Campurkan kesemua bahan dalam mangkuk adunan
- Gaulkan (macam buat cokodok) kemudian tutup dan biarkan sebentar sekurang-kurangnya 1/2jam
- Ambil sejemput dan lenserkan ke atas kuali atau kuali leper dengan menggunakan hujung jari...Jika lekat,sapukan sedikit je minyak.
- Buat dari arah jam
- Mulakan dari tepi dulu
- Kemudian sapukan bahagian tengah dengan sisa tepung yang masih ada di tangan
- Setelah rata bulat biarkan sampai tepung masak sebentar
- Angkat tepung yang telah masak dan letakkan dalam pinggan . Boleh disusun berlapis-lapis.Jangan risau (tak lekat).
- Angkat tepung yang telah masak dan letakkan dalam pinggan . Boleh disusun berlapis-lapis.Jangan risau (tak lekat).
- Ambil sekeping kulit popia dan sapukan dengan sedikit sambal atau sos yang siap tadi
- Letak satu sudu besar inti dan taburan bawang goreng
- Lipat macam biasa dan gulung
- Pastu sapukan sos di atas popia tersebut dan taburkan kacang tumbuk;bawang goreng sebagai hiasan (boleh juga guna bijan goreng)
- Nyummm...nyummm...Sedia untuk dimakan :)
::SeLaMat MeNcuBa::Popia Basah & Popia Goreng:)