Tuesday, May 12, 2009

"Akibat Gagal Menjawab Soalan Teka-Teki"

Ikan Talapia Masak Lemak Cili Padi
Tumis Kangkung Cili Padi Ditambah Sos Tiram
Mai nak cerita...;
Semalam dapat satu soalan teka teki daripada kawan-kawan rumah iaitu Aza & Jaa...
Teka teki nie bersyarat...Kalau gagal menjawab...
Jeng-jeng-jeng....
Dendanya kena memasak menu makan malam...
Memang mereka nak pekena diriku...
Memang mereka berpakat...
Mereka ni memang nakal...
Peluang untuk jawapan teka teki hanya dua kali je...
Dah ternyatalah GAGAL untuk menjawabnya...
Maka; dendanya...
Ambil Apron...
Mulalah memproses menu masakan. Belek-belek ikan dan lihat sayur yang ada.
Rasanya menu yang agak simple yang akan dimasak...
Tahu tak; dah la bahan-bahannya tak mencukupi...(Huhuhuu kami tak beli lagi stok bahan-bahan dapur...:)
So, gunalah kepakaran memasak guna apa yang ada...
Buatlah keputusan ikan talapia masak lemak cili padi...Kalau nak sedap masak ikan nie ikutnya letakkan daun kesum/bunga kantan barulah lengkap dan sedap...Disebabkan tak cukup bahan, maka ditambahkan cili padi sebanyaknya...Masak lemak nie kalau tak pedas memang tak sedap...Boleh dipelbagaikan masak lemak Cili padi nie dengan Sea Food seperti Lala, Ketam...Daging Salai, Ayam dan pelbagai jenis ikan...Kalau guna ikan, asam keping jangan lupa letak...penyedap rasa. Selalunya suka guna daun kesum/bunga kantan, daun limau purut ke & titik serai...dan ternyata pati santan di akhir masakan...Memang sedap kalau letak benda alah nie...Try la.
Pastu cili padi dibelah dua dan letak sebiji-sebiji walahhhh memang sedap....
Lagi pedas lagi sedap...
Memang pedas bangat masakan cili padi nie...(Bestnya nasi semalam habis heheheiii...Ambik korang pekena panahan masakan ku...)
Nak-nak pulak dilawan dengan tumis kangkung cili padi dengan ditambah sos tiram dan yang pasti sambal belacan dengan mempelam muda yang dihiris dan ditumbuk...(Huhuhuu sesaja nak bagi terliur)...
Maka; selesailah sudah.Makan dengan nikmatnya bersama-sama...
Selepas makan, menjurus beberapa lama pas tu;
Kami mulakan Tarian Poco-Poco...
Pernah dengar tak? Nilah tarian lagu Indonesia...
Famous lagu nie kata Kak Raja.Kawan office jual...
Belilah tuk tidak menghampakan. Lama juga tarian nie hampir satu jam...
Okey la juga tarian tu.
Mudah untuk diikuti...
(Note : Menu masakan semalam semuanya menggunakan Cili Padi :0)

12 comments:

Ad said...

abis kalori yg dtg dr lemak santan tu...

poco2 skg ni dah campur dgn para2 sakura...lagi menarik

adiwarnatasya said...

Art,
Hehehei...
Tu la yg bagusnya.

Para2 sakura? Apa tu?
Tapi Art, memang best tarian poco2 nie.
Jue suka :)

Ad said...

para2 sakura yang tarian dr japan tu.lebih kurang cam poco2..ala2 senamrobik dgn step lagu

Shida said...

Perggghhhh, memang terliur mendengarnya.....pandai anak dara ni memasak.

adiwarnatasya said...

Art,
Oic.Tahu dah.
Pernah tengok dalam MHI.
Tapi tak tahu nama tarian tu.

Huhuhu semalam jue buat senaman poco2 lagi.Mula-mula berteraburlah juga stepnya. Lama-lama tu baru ok :0)

adiwarnatasya said...

Kak Shida,
Fuhhh...Walahhh;
Tu dah semestinya:)

LayarLara said...

Weh.. kalau berani cuba JOMBLO laaa best wooo...

adiwarnatasya said...

Kanda,
Owh...bagus tu.

LayarLara said...

Kalau dinda nak CD dia kanda bleh tolong poskan..

adiwarnatasya said...

Kanda,
Wow best tu.
Nak..nak..nak..
Jue suka menari kanda...

KilauJauharah said...

br jek pi perlis aritu mlm2 berdekatan hotel brasmana ada org wat poco2...

ehem..nmpk sedap betol masak lemak talapia tuh...

adiwarnatasya said...

Ara,
Ooo ye ker..
Poco-poco best gak.Seswai nak ikut.
Simple je tu masak lemaknya..Tak cukup awas2nya..:)