Friday, January 28, 2011

"Di DoAkAn TeRbAiK BuAt KaMi:)"




Persediaan Cik Adi sebelum perlawanan esok;...
Baju, seluar, kasut dan kelengkapan yang lain semua sudah diberi...
Semoga kejayaan mengiringi kami (MBSB) daripada 2 pasukan Futsal team perempuan dan daripada 5 pasukan Futsal team lelaki...
Kami kedua-dua pasukan team perempuan dan team lelaki akan berlawanan dengan;
MBB Bank, OCBC Bank, Affin Bank, KWSP dan Etiqa...
Perlawanan kami bermula daripada pukul 9.00 a.m. sehingga 5.00 p.m...
Bertempat di; Ampang Sports Planet...
Kedua-dua pasukan daripada team perempuan dan daripada team lelaki amat diharapkan membawa kejayaan untuk office kami Malaysia Building Society Berhad (MBSB)...
Hola...Hole...di doakan semoga kami BERJAYA!!!...
Terasa juga debarannya...
InsyaAllah...
Kami cuba yang sebaik mungkin!!!...
Yo!!Yo!!...
MBSB BOLEH!!!:)...
::Zai Jian::

Wednesday, January 26, 2011

"HiLaNgKaN MeNgAnTuK SekEjAp:)"

Sudah lama Cik Adi tak mengupdate blog...
Masa yang tidak mengizinkan...
Sibuk kerja...
Sibuk belajar...
Sibuk dengan training futsal...

Masa yang terluang pula, digunakan sebaiknya untuk berehat sambil memegang buku...
Bukan novel lagi, buku pengisian agama dan alam rumahtangga...
Internet sebagai teman dan kawan mengisi kesunyian...

Masa tinggal dengan family dulu lain kan...
Mama rajin masuk bilik Cik Adi...
Sekejap mengintai melihat Cik Adi buat apa dalam bilik...
Risau betul Mama dengan Cik Adi...
Biasalah, dulu novel sahabat sejati Cik Adi...
Sanggup ikat perut, semata-mata nak membeli novel...

Bila lihat semula di rak buku, himpunan novel-novel;
Teringat Cik Adi...
Mama yang suka berceloteh dan membebel, kata Cik Adi beli novel sahaja...
Siap disuruh rebus dan makan novel...
Agaknya kalau bolehlah novel-novel itu dimakan, sudah lama Cik Adi buat:)...

Mungkin dulu Cik Adi kesunyian, jadi novel sebagai kawan...
Biasalah anak sulung...
Tak ada abang dan kakak...
Mama dan Abah lah orang yang terdekat dengan Cik Adi...

Bila dilihat usia sekarang, sudah besar Cik Adi...
Mama dan Abah tak perlu dah jaga Cik Adi seperti keanak-anakan lagi kan...
Cik Adi pun tak suka dimanjakan...

Bulan Februari akan datang tak lama lagi...
Bulan ini banyak perkara Cik Adi hendak buat...
Semua sudah senaraikan...
Sebab senang kan...
Nanti rujuk sahaja diari...
Setiap apa yang dilakukan perlu dengan kesungguhan...
Cik Adi memang agak cerewet dalam membuat sesuatu perkara...
Memerlukan ketelitian...
Sebabnya, semua perkara yang dilakukan hendak buat yang terbaik...
Daripada sinilah Cik Adi boleh belajar sesuatu kan...

::Zai Jian::

Monday, January 10, 2011

"Casting Modelling...:)"







Cik Adi mencuba bidang baru kali ini...
Dunia Modelling...
Terasa bidang ini mencabar...
Banyak yang perlu belajar dari segi catwalk, berposing, berhadapan kamera, senyuman dan semuanya memainkan peranan yang penting...
Terasa agak susah dan perlu banyak belajar sedikit demi sedikit dalam kelas yang diberi oleh Pengurus kami...
Apapun Cik Adi berusaha untuk buat yang terbaik dalam bidang ini...
Keyakinan itu yang penting buat Cik Adi untuk tampil lebih berani!!!:)
Bertempat di Royale Bintang; Damansara...
Training pertama buat kami semua...
Selepas ini kami akan dilatih dari segala segi...
Memperagakan baju-baju daripada Butik dan Bridal...
Apapun terima kasih kepada "Jemari Anggun Elydea Enterprise" memberi peluang kepada kami menceburi bidang ini:)...
::Zai Jian::

Friday, January 7, 2011

"Futsal...:)"




Bermulalah sudah latihan Futsal kami hari ini...
Macam biasalah, mula-mula proses memanaskan badan sebelum bermain kan...
Hihihii:) sempat juga tangan Cik Adi ini mengambil pic curi-curi menggunakan camera h'pone...
Dapat tahu jurulatih, matilerr...hiks!!!:)
Mencekak pinggang itu jurulatih kami...
Sangat tegas...
Sebab hendak kami bermain dengan kesungguhan...
Kami akan berlatih seminggu dua kali atau tiga kali...
Sudah lama tidak bersukan...
Sekali dapat bersama bermain futsal, ternyata baik dan bagus untuk diri Cik Adi...
Ternyata seronok dapat bermain Futsal semula:)...
Apa pun semoga pasukan kami "MBSB" berjaya mengalahkan pihak lawan...
Dapat bermain dengan baik...
Cayok-cayok:)...
MBSB BOLEH!!!
::Zai Jian::

Wednesday, January 5, 2011

"PeRsEdiAaN...:)"




Alhamdulillah...
Semalam suntikan kali kedua Hepatatis B sudah pun Cik Adi menerimanya...
Suntikan terakhir 4.5.2011 nanti...
Ini adalah langkah persediaan dan pencegahan untuk Cik Adi sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan...
Demi kebaikan sendiri, Cik Adi harus mengambil kedua-dua suntikan ini...
Suntikan "Gardasil dan Hepatatis B"...
Vaksin Human Papilloma Virus ( HPV ) adalah mencegah berlakunya kanser pangkal rahim ( servik )...
Kanser pangkal rahim, kanser organ reproduktif wanita yang paling utama dan kanser wanita yang kedua dan kerap berlaku selepas kanser payudara...
Bahaya kan!!!...
Seharusnya Cik Adi berwaspada...
Hepatatis B adalah untuk ketahanan badan Cik Adi sendiri dan untuk mengelak berlakunya kanser hati...
Semperna tahun baru ini Cik Adi berazam untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat berterusan...
*Menjaga pemakanan...
*Bersenam...
*Bersukan seperti bermain futsal atau bowling dan...
*Mengaktifkan diri dengan pelbagai aktiviti sihat yang lain...
Kalau sudah peringkat usia berlanjutan baru hendak jaga kesihatan tidak bagus juga kan...
Bermula seusia muda sekarang perlu jaga pemakanan dan kesihatan...
Masak masakan atau menu-menu yang berkhasiat dan mengambil makanan yang seimbang...
Paling bagus masak masakan sendiri sebabnya kita akan tahu kuantiti garam atau gula yang diperlukan sahaja dan paling pentingnya jangan berlebihan...
Kandungan MSG atau AJINOMOTO dalam masakan sebolehnya dielakkan!!!...
Berkata tentang "AJINOMOTO" atau bahasa manisnya "Pak AJI" ermm; Cik Adi memang tidak suka menggunakan Pak AJI dalam masakan...
Memang tidak ada langsung di dapur Cik Adi...
Selalunya Cik Adi menggantikan gula sebagai pengganti Pak AJI...
Rasanya masih tetap sedap tanpa "Pak AJI"...
Terkadang terfikir juga Cik Adi, mengapa nenek atau datuk moyang kita dulu boleh hidup jangka hayat atau umur yang terlalu lama sehingga ada yang mencecah seusia 100 tahun dan ada yang lebih...
Hebat kan!!!...
Tetapi terbalik dengan kehidupan dunia moden zaman sekarang...
Lagi bertambah ilmu perubatan, bertambah kecanggihan, bertambah kepandaian maka bertambahnya juga penyakit yang datang...
Tidak dinafikan orang sekarang memang suka makan...
Hendak apa sahaja semua mudah dapat...
Baik makanan yang segera atau order sahaja...
Bila ada rasa tidak kisah dan abaikanlah, makan sahaja, asalkan perut keyang...
Inilah yang bahananya kan!!!...
Maka "AWAS" sayangilah kesihatan dan usia "ANDA"...
Ini "motovasi" untuk diri Cik Adi sama:)...
::Zai Jian::

Sunday, January 2, 2011

"Bagai pinang dibelah dua:)"



































































Pembuka permulaan tirai tahun "2011"; 01.01.2011...
Alhamdulillah...
Cik Adi doakan sentiasa jodoh mereka berkekalan ke akhir hayat...
Mendapat zuriat yang soleh dan solehah...
Dapat menjalani kehidupan berumahtangga sebagai suami dan isteri yang sentiasa mentaati dan menghormati di antara satu sama lain...
Selepas ini, Cik Adi akan sentiasa rindu gelak ketawa Ida...
Sahabat baik Cik Adi...
Tertunai juga hajat Ida untuk bersama Cik Adi menemaninya, di akhir malamnya sebagai seorang yang berstatus "Bujang"...:)
"SeLaMaT MenJaLaNi KeHiDuPaN SeBaGai Suami & Isteri KePaDa Azmir & Ida Nazura dan DiDoAkaN SeGaLa YaNg TeRbAiK KePaDa KaMu BeRdUa":)...
Amin:)...
::Zai Jian::

Thursday, December 30, 2010

"TaHniAh!!! DaN SeLaMaT TaHuN BaRu:)"



















*Pasukan Malaysia meraikan kejayaan gemilang merangkul Piala Suzuki AFF buat kali pertama selepas menewaskan Indonesia secara agregat 4-2 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta di sini, Rabu. (Foto AP)
*Pemain Malaysia meraikan kejayaan Safee Sali menjaringkan gol awal ketika menentang Indonesia pada perlawan akhir kedua, Piala Suzuki AFF di Stadium Gelora Bung Karni, Jakarta malam ini. (Foto AP)

...YepPYyy...esok semua CUTI kan:)...

Tahniah kepada Pasukan Bola Sepak Kebangsaan pada "Kejohanan Piala AFF Suzuki" kerana mengharumkan nama Malaysia...
Yo!! Malaysia sepastinya BOLEH!!!

Terima Kasih juga kepada Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang mengistiharkan CUTI UMUM pada 31 December 2010 bagi meraikan kejayaan pertama pasukan bola sepak kebangsaan...

Semperna pengakhiran TAHUN 2010 Cik Adi ingin mengucapkan "SELAMAT TAHUN BARU" kepada semua rakyat Malaysia...
Semoga tahun mendatang "Tahun 2011" akan lebih baik daripada tahun sebelumnya...
Didoakan juga segala azam dan perancangan tahun 2011 tercapai dan terlaksana jayanya dengan keizinan-Nya...

*Berita Seterusnya.....


JAKARTA Buat julung kalinya, skuad bola sepak Malaysia berjaya merangkul gelaran juara sekali gus membawa balik piala kebanggaan apabila menang secara agregat 4-2 pada perlawanan akhir kedua di Stadium Gelora Bung Karno, Rabu.
Bagaimana pun, skuad kendalian K.Rajagobal itu menerima serangan bertalu-talu daripada pasukan Garuda, namun barisan pertahanan cemerlang memainkan peranan mereka dalam menepis serangan ini.
Pasukan Indonesia nyaris mendapat gol pertama apabila pengadil memberi sepakan penalti selepas bola terkena tangan Mohd Sabree Mat Abu pada minit ke-18, namun sepakan yang dilakukan oleh kapten pasukan Garuda, Firman Utina berjaya diselamatkan penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat yang bijak membaca pergerakan pemain tuan rumah itu.

Kedua pasukan terikat tanpa jaringan pada separuh masa pertama.
Babak kedua menyaksikan perlawanan lebih menarik selepas pasukan Indonesia lebih banyak mengatur serangan namun pujian sekali lagi harus diberi kepada penjaga gol negara, Khairul Fahmi kerana menyelamatkan gawang dengan percubaan berbahaya terutama sekali hantaran yang dilakukan pemain lincah Indonesia, Muhammad Ridwan.
Biarpun Malaysia jarang melakukan serangan, namun hantaran jauh Mohd Ashari Samsudin di sebelah kanan tepat kepada Mohd Safee Mohd Sali sekali gus membuat lorongan laju menggunakan kaki kirinya terus ke gawang lawan pada minit ke-53.
Gol penyamaan hadir pada minit ke-72 selepas Mohammad Nasuha merembat bola muntahan daripada penjaga gol Khairul Fahmi.

Namun pada babak akhir perlawanan, pemain pertahanan negara, Mohamad Muslim Ahmad silap membuat percaturan apabila cuba menyelamat bola dengan menanduk ke arah gol sendiri.
Perlawanan tamat dengan keputusan 1-2.
Sementara itu, kejayaan ini dianggap lebih manis apabila penyerang negara, Mohd Safee Mohd Sali turut dinobatkan penjaring terbanyak selepas mengumpul lima gol.
Manakala pemain terbaik perlawanan dimenangi oleh pemain tengah Indonesia, Firman Utina.
Pada perlawanan pusingan pertama yang berlangsung Ahad lalu, skuad Harimau Malaya ini telah menundukkan Indonesia 3-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
"SeLaMaT BeRcUti & SeLaMaT TaHuN BaRu SeMuA:)!!!"
::Zai Jian::