Alhamdulillah...
Semalam suntikan kali kedua Hepatatis B sudah pun Cik Adi menerimanya...
Suntikan terakhir 4.5.2011 nanti...
Ini adalah langkah persediaan dan pencegahan untuk Cik Adi sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan...
Demi kebaikan sendiri, Cik Adi harus mengambil kedua-dua suntikan ini...
Suntikan "Gardasil dan Hepatatis B"...
Vaksin Human Papilloma Virus ( HPV ) adalah mencegah berlakunya kanser pangkal rahim ( servik )...
Kanser pangkal rahim, kanser organ reproduktif wanita yang paling utama dan kanser wanita yang kedua dan kerap berlaku selepas kanser payudara...
Bahaya kan!!!...
Seharusnya Cik Adi berwaspada...
Hepatatis B adalah untuk ketahanan badan Cik Adi sendiri dan untuk mengelak berlakunya kanser hati...
Semperna tahun baru ini Cik Adi berazam untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat berterusan...
*Menjaga pemakanan...
*Bersenam...
*Bersukan seperti bermain futsal atau bowling dan...
*Mengaktifkan diri dengan pelbagai aktiviti sihat yang lain...
Kalau sudah peringkat usia berlanjutan baru hendak jaga kesihatan tidak bagus juga kan...
Bermula seusia muda sekarang perlu jaga pemakanan dan kesihatan...
Masak masakan atau menu-menu yang berkhasiat dan mengambil makanan yang seimbang...
Paling bagus masak masakan sendiri sebabnya kita akan tahu kuantiti garam atau gula yang diperlukan sahaja dan paling pentingnya jangan berlebihan...
Kandungan MSG atau AJINOMOTO dalam masakan sebolehnya dielakkan!!!...
Berkata tentang "AJINOMOTO" atau bahasa manisnya "Pak AJI" ermm; Cik Adi memang tidak suka menggunakan Pak AJI dalam masakan...
Memang tidak ada langsung di dapur Cik Adi...
Selalunya Cik Adi menggantikan gula sebagai pengganti Pak AJI...
Rasanya masih tetap sedap tanpa "Pak AJI"...
Terkadang terfikir juga Cik Adi, mengapa nenek atau datuk moyang kita dulu boleh hidup jangka hayat atau umur yang terlalu lama sehingga ada yang mencecah seusia 100 tahun dan ada yang lebih...
Hebat kan!!!...
Tetapi terbalik dengan kehidupan dunia moden zaman sekarang...
Lagi bertambah ilmu perubatan, bertambah kecanggihan, bertambah kepandaian maka bertambahnya juga penyakit yang datang...
Tidak dinafikan orang sekarang memang suka makan...
Hendak apa sahaja semua mudah dapat...
Baik makanan yang segera atau order sahaja...
Bila ada rasa tidak kisah dan abaikanlah, makan sahaja, asalkan perut keyang...
Inilah yang bahananya kan!!!...
Maka "AWAS" sayangilah kesihatan dan usia "ANDA"...
Ini "motovasi" untuk diri Cik Adi sama:)...
::Zai Jian::
4 comments:
sememangnya kita kena senantiasa menjaga diri kita sendiri. Satu tindakan yang bijak Cik Adi.
keep up the good work! rajin masak sendiri suami pun syg ;p
Betul tu:).
Thanks DrSam.
Thanks Ju5:)
Post a Comment