Showing posts with label "Kehidupan". Show all posts
Showing posts with label "Kehidupan". Show all posts

Wednesday, February 29, 2012

"SeLaMaT HaRi LahiR....."


Dulu dia kawan...
Daripada kawan menjadi kekasih...
Daripada kekasih menjadi tunang...
Daripada tunang menjadi suami...
Daripada suami bakal menjadi papa kepada baby kami...
Alhamdulillah perjalanan kehidupan begitu cepat menyusur hari demi hari...
Tahun 2012 banyak tarikh yang Cik Adi nantikan...
Salah satu daripadanya ialah "Hari Lahir" Encik Suami...
"29.02.2012" hadir empat tahun sekali...
Tahun bertuah...
Tahun lompat...
Tetapi dalam kalender islam tiada istilah tahun lompat kan...
Setiap tahun "Februari" adalah hari kelahirannya...
Walaupun berjauhan; Cik Adi tetap hendak buat entry khas buat Encik Suami...
"Happy Birthday Sayang"...
Doa daripada Jue;
Segala kebaikan kehidupan sentiasa bersama art...
Beroleh kesihatan...
Dipanjangkan umur...
Bertambah rezeki...
Beroleh keberkatan kehidupan...&
Dikekalkan jodoh kita hingga ke akhir hayat...
Amin...
* Hadiah Cik Adi yang berharga buat Encik Suami adalah "Baby"...
Pelengkap rumahtangga kami...
Syukur Alhamdulillah kurniaan-Nya...:)


::Zai Jian::

Thursday, February 23, 2012

"Mengidam lagi ker?..."


Ermmm; tak adalah mengidam seperti masa permulaan mengandung dulu...
Cuma tekak ni terasa nak makan sesangat rojak...
Kalau orang Penang kata, pesembur kan...

Berminggu menanti, akhirnya dapat juga makan rojak hari ini...
Nikmat...nikmat...
Apa pun terima kasih Kak Lyn sebab belanja rojak ini...
Hilang sudah keterasaan hendak makan rojak...

*Perut pun senang hati...:)*


::Zai Jian::

Wednesday, February 22, 2012

"Menghitung Bulan, Hari, Masa & Saat"




Bersabar menanti kelahirannya...
Tak sabar nak melihat kehadirannya..."Cahaya Mata Kami":)...


::Zai Jian::

Thursday, February 16, 2012

"Menghitung Hari....."

Cik Adi dah mula rasa berdebar...
Tidak lama sahaja lagi kan...

Tetapi di saat kedebaran itu tak sabar juga ingin melihat baby yang bakal dilahirkan...
Pelengkap rumahtangga Cik Adi dan Encik Suami...
Kedua kaki pun sudah membengkak dan sekali sekala terasa perut ini menegang bila baby bergerak...

Apa pun doa Cik Adi agar Allah mempermudahkan dan memberi kekuatan di saat melahirkan baby dan melahirkan baby yang sihat dan selamat...

Aminnn...

::Zai Jian::

Thursday, February 2, 2012

"Gambar Mama Buyung 2012"


















Ha...haa...

Inilah gambar terbaru Cik Adi yang sudah pun menjadi Mama Buyung...
Tembam juga kan...
Tembam-tembam berisi baby tau! haishhh...

Kepingin sangat hendak ke mari...
Tercapai juga hajat nak ke i-city nie...
Apa pun thanks kepada my hubby yang menunaikan hajat Mama buyung...
Hilang sudah keinginan di hati...hiks!:)...

Melihat lampu-lampu yang beraneka warna...
Cantik dan terpegun...
Suka Cik Adi:)...

*Mengandung anak Cik Adi yang bertuah nie, sangatlah suka Cik Adi berjalan-jalan...
Pantang sahaja di ajak KELUAR tau!!!...

:Zai Jian::

Thursday, January 5, 2012

"Salam Tahun Baru...:)"


Berakhir sudah 2011...
Pada tahun ini impian dan cita-cita Cik Adi banyak tercapai...
Syukur alhamdulillah...
Tahun 2011 penuh dengan kegembiraan buat Cik Adi...

Sekarang sudah pun berada di tahun 2012...
Tahun 2012 banyak yang Cik Adi nantikan...
Birthday En. suami tersayang...
Birthday Cik Adi sendiri...
Konvokesyen dan kelahiran baby...

Kelahiran baby hadiah yang paling bermakna buat Cik Adi dan En. suami...
Tak sabar rasanya menanti kelahiran baby...
Penyeri hidup Cik Adi, En. suami dan keluarga...
Doa Cik Adi, semoga baby yang dilahirkan comel, sihat, sempurna sifat dan selamat...
Aminnn...

Di usia baru;
Semangat dan azam pun sudah tentu baru...
Cik Adi akan berusaha buat yang terbaik untuk family Cik Adi...
Di doakan rezeki keluarga kami bertambah dengan keizinanNya...
Aminnn...

Di akhir kata; "Salam Tahun Baru" buat semua...
Semoga cita-cita dan impian anda tercapai pada tahun ini seperti yang dirancangkan...
Buat yang terbaik diiringan doa kepadaNya...
InsyaAllah...

::Zai Jian::

Wednesday, November 2, 2011

"Kenapa tubuh wanita panas semasa hamil?"

Ternyata Cik Adi sendiri pun tidak selesa dengan keadaan sendiri...
Selalu gelisah, susah nak tidur, sakit sendi-sendi anggota badan dan suhu badan pun selalu kepanasan...

Cik Adi google, mencari faktor penyebabnya...
Selain itu, Cik Adi turut bertanya kawan-kawan...
Risau juga keadaan diri ini tidak normal...

Menurut kawan-kawan Cik Adi, normal untuk ibu hamil dalam keadaan begini...
Sentiasa suhu badannya berasa panas...
Ohh ye...

Menurut apa yang Cik Adi baca dan google;

"Tubuh wanita banyak mengalami perubahan hormon ketika mengandung. Kadar metabolisme menjadi semakin bertambah apabila mengandung sampai tubuh badan wanita akan rasa panas.

Keadaan bayi yang semakin membesar juga menyebabkan tubuh ibu cepat berasa panas. Penghasilan hormon progesteron akibat meningkatnya suhu tubuh janin dalam kandungan boleh menyebabkan rasa panas.

Peningkatan peredaran darah semasa hamil membuatkan ibu sering berasa panas. Peningkatan aliran darah berlaku apabila hormon progesteron membuka lebih banyak saluran kecil darah di dalam permukaan kulit. Kapilari yang dipenuhi darah inilah yang membuatkan tubuh wanita hamil panas.

Kebiasaannya tubuh wanita hamil akan rasa panas apabila kandungan masuk 6 minggu dan rasa menjadi semakin kuat apabila kandungan berusia 32 minggu. Dalam situasi serius, kadangkala kepanasan ini boleh menyebabkan ibu-ibu pitam dan pengsan".

Sungguh sangat merbahaya kan...!!!
Bersabarlah Cik Adi ye...

::Zai Jian::

Saturday, September 17, 2011

"Kembali..."

Rindunyaaa...;
Rindu sangat hendak menulis...
Blog Cik Adi menyepi setelah beberapa bulan mendirikan rumahtangga...
Dalam beberapa bulan ini pelbagai perkara yang berlaku kepada Cik Adi...
Inilah yang dikatakan ujian daripadaNya...
Alhamdulillah semuanya dalam keadaan baik...

Banyak belajar sesuatu yang baru setelah bergelar seorang isteri...
Pejam celik sudah empat bulan Cik Adi mendirikan rumahtangga...
Dari tinggal di rumah sewa, kini tinggal sebumbung dengan Encik suami...
Alhamdulillah Encik suami banyak mengajar Cik Adi +++ jadi ++++++++
Belajar mengenali dan memahami kehidupan Encik suami bukan sesuatu perkara yang mudah...
Barulah Cik Adi tahu bagaimana menempuhi kehidupan alam berumahtangga...
Cik Adi bahagia dengan kehidupan baru sekarang...
Tetapi banyak perkara lagi yang perlu Cik Adi belajar dan selami...
Memerlukan kesabaran itu yang penting...
Diiringi dengan doa + usaha...
Aminnn...

::Zai Jian::

Monday, March 14, 2011

"SeLaMaT HaRi LaHiR:)"








































Hadiah di Hari Lahir yang penuh berharga buat Cik Adi:)


















Rasa mimpi menerimanya
Alhamdulillah, syukur Cik Adi segala kurniaanNya
Amin:)






"Happy Birthday";
Diucapkan buat diri sendiri dan kembar bulan March adik Cik Adi, Hafizi...
Didokan Along n Achik dipanjangkan umur, ditambahkan rezeki berpanjangan, sihat dan berjaya dalam setiap apa yang diusahakan...
Amin:)
14 March digandingkan bersama 24 March...
Penuh bermakna buat Cik Adi dan Adik...
Diserikan disamping yang tersayang...
Terima kasih kepada semua yang menyerikan majlis di "Hari Lahir" kami dan ucapan yang diberikan...
Sayang semua:)
"SeLaMaT HaRi LaHiR ZuRa & HaFiZi"
::Zai Jian::

Wednesday, January 26, 2011

"HiLaNgKaN MeNgAnTuK SekEjAp:)"

Sudah lama Cik Adi tak mengupdate blog...
Masa yang tidak mengizinkan...
Sibuk kerja...
Sibuk belajar...
Sibuk dengan training futsal...

Masa yang terluang pula, digunakan sebaiknya untuk berehat sambil memegang buku...
Bukan novel lagi, buku pengisian agama dan alam rumahtangga...
Internet sebagai teman dan kawan mengisi kesunyian...

Masa tinggal dengan family dulu lain kan...
Mama rajin masuk bilik Cik Adi...
Sekejap mengintai melihat Cik Adi buat apa dalam bilik...
Risau betul Mama dengan Cik Adi...
Biasalah, dulu novel sahabat sejati Cik Adi...
Sanggup ikat perut, semata-mata nak membeli novel...

Bila lihat semula di rak buku, himpunan novel-novel;
Teringat Cik Adi...
Mama yang suka berceloteh dan membebel, kata Cik Adi beli novel sahaja...
Siap disuruh rebus dan makan novel...
Agaknya kalau bolehlah novel-novel itu dimakan, sudah lama Cik Adi buat:)...

Mungkin dulu Cik Adi kesunyian, jadi novel sebagai kawan...
Biasalah anak sulung...
Tak ada abang dan kakak...
Mama dan Abah lah orang yang terdekat dengan Cik Adi...

Bila dilihat usia sekarang, sudah besar Cik Adi...
Mama dan Abah tak perlu dah jaga Cik Adi seperti keanak-anakan lagi kan...
Cik Adi pun tak suka dimanjakan...

Bulan Februari akan datang tak lama lagi...
Bulan ini banyak perkara Cik Adi hendak buat...
Semua sudah senaraikan...
Sebab senang kan...
Nanti rujuk sahaja diari...
Setiap apa yang dilakukan perlu dengan kesungguhan...
Cik Adi memang agak cerewet dalam membuat sesuatu perkara...
Memerlukan ketelitian...
Sebabnya, semua perkara yang dilakukan hendak buat yang terbaik...
Daripada sinilah Cik Adi boleh belajar sesuatu kan...

::Zai Jian::

Wednesday, December 1, 2010

"KeMbALi..."





























































































































Alhamdulillah 01.12.2010 hari ini...
Di bulan Disember Cik Adi sekarang...
Bulan akhir garisan buat Cik Adi...
2010 memberi banyak kenangan:)...
Bulan November...
Bulan penantian dan kejutan...
Dalam tidak disangka;
Dalam penantian;
Kepulangan tunang Cik Adi...
Kerinduan terubat juga akhirnya:)
Cik Adi ke Pantai Timur...
Cik Adi ke Selatan...
Cik Adi memperagakan pakaian Butik...
Cik Adi bersama yang tersayang...
Cik Adi bersama Kanda Lara...
Cik Adi menerima duit pendidikan KWSP...
Kegembiraan yang hanya dipinjamkan sementara...
Di saat laluan masa itu Cik Adi sentiasa berdoa agar dilambatkan masa...
Tidak semua permintaan akan dipenuhi...
Tidak mungkin kitaran masa bertambah...
Begitu jugalah dengan usia...
Begitulah juga saat ke hadapan...
Semua yang akan berlaku hanya DIA yang mengetahui...
Semua tertulis sejak azali...
Sebagai insan, Cik Adi selalu mendoakan yang terbaik buat diri sendiri, keluarga, tersayang, sahabat, kawan-kawan dan buat semua...
Tidak rugi mendoakan kesejahteraan buat orang lain kan...:)
Diari 2011 telah tersedia...
Diari Islam yang sentiasa menjadi catatan, tulisan dan sahabat Cik Adi setiap tahun...
Cik Adi ingin memulakan kehidupan baru tahun 2011...
2011 bulan pembuka tirai diari hidup Cik Adi:)...
Cik Adi mula mengatur perjalanan kehidupan terbaik 2011...
Memberi terbaik buat diri dan masjid yang akan dibina...
InsyaAllah...
2011 juga Cik Adi menamatkan pengajian Cik Adi...
Memulakan langkah baru...
Langkah untuk mengecapi kerjaya baru...
Usia bukan penghalang untuk Cik Adi berjaya kan...
Walaupun lambat perjalanan hidup Cik Adi...
Cik Adi boleh juga berjaya seperti orang lain...
Kejayaan diiringi dengan kekuatan...
Kekuatan yang sentiasa Allah pinjamkan:)
"Ya Allah; sebagaimana Engkau telah memperindahkan kejadian Ku, Maka perindahkan pula akhlak Ku..."
Aminnn:)
::Zai Jian::


Thursday, November 18, 2010

"DeBaRaN"

Melihat catatan diari setiap hari...
Sudah penghujung garisan November...
Hanya beberapa bulan lagi kan...

Beberapa bulan masa yang terlalu penting untuk Cik Adi...
Seiringan belajar dan kehidupan...
Walau bagaimanapun Cik Adi perlu mengatur strategi yang terbaik...
Pertamanya, perancangan yang perlu ditarik hujung tahun 2010 sehinggalah ke penghujung bulan sasaran 2011...
Di doakan segala yang di usahakan dan di atur di permudahkan olehNya...
Aminnn...

Debaran di hati mulai terasa...
Normal sebagai manusia ada rasa...
Persediaan semuanya berjalan dengan keadaan baik sehingga hari ini...
Alhamdulillah...

::Zai Jian::




Tuesday, November 16, 2010

"SaLaM AidiLaDhA"

Esok dah raya...
Teringat kat kampung halaman....
First time raya haji tidak bersama keluarga...
Happy juga raya haji tahun ini ada kelainan...

Ada juga yang sudi membawa beraya....
Alhamdulillah...
Beraya juga Cik Adi...

Di kesempatan ini Cik Adi hendak mengucapkan "Salam Aidil Adha" kepada semua umat islam...
Semoga bergembira di samping keluarga tersayang dan yang tersayang...
Hati-hati memandu...
Ingatlah keluarga yang tersayang...

::Zai Jian::

Monday, November 8, 2010

"NaSiB Si DIA..."











Alhamdulillah; diberi kehidupan lagi...
Selamat hari ini tidak terbabas dan kena langgar...
Inilah bahaya dan bahana beroda dua kan...
Mencari rezeki; dia inilah kawan membawa haku ke pejabat...
Kalaulah tak ada dia; patahlah kaki...
Haku amat bergantung kepada dia walaupun nak ke mana...
Senang dan cepat...
Tiga tahun sudah haku memiliki dia...
Dia sungguh tidak banyak ragam...
Habis kuat pun tayar selalu pancit...
Minggu lepas baru sahaja dia pancit dan haku menukar tiub tayarnya...
Hari ini mengapalah dia pancit lagi...
Jadi, sudah dua minggu dia hendak haku menukar tiub tayarnya...
Minta, janganlah dia meragam lagi kan...
Susah juga haku dibuatnya...
Bila tak ada dia; tren dan van lah menjadi sasaran kedua haku...
::Zai Jian::

Monday, November 1, 2010

"Alhamdulillah:)"



Alhamdulillah; kedatangan November bulan yang dinantikan...

Lega rasa di hati apabila permohonan untuk mengeluarkan duit KWSP berjaya diproses dan permohonan diterima...

Dapatlah belajar sesuatu disini...

Sebabnya boleh mengetahui bagaimana nak handle masalah dan situasi...

Turun naik kolej dan ke KWSP sesuatu kepenatan apabila apa yang dikehendaki tidak dapat dipenuhi...

Kecewa juga pada asalnya...

Tetapi kuatkan semangat dan selalu ingat "Kalau niat kita baik untuk belajar; Allah akan permudahkan"...

Terima kasih Ya Allah sebab tolong hanbaMu ini; Amin...

Duit KWSP ini terlalu penting dan berharga...

Sebab dengan duit ini boleh melengkapkan study...

Semangat baru telah datang untuk terus berusaha dengan gigih mendapatkan result semester keempat dengan baik dan cemerlang...

InsyaAllah...

"Ya Allah; temanilah sentiasa hambaMu ini...Pinjamkanlah sedikit kekuatanMu untuk hambaMu ini...

Amin...:)"

::Zai Jian::

Saturday, October 23, 2010

"Nei Xin....."

Kenapalah hari ini banyak yang bagi haku sedih...
Bagi haku terasa hati...
Memang susah orang hendak fahamkan kita kan...
Mengapalah masalah datang seharian bertubi-tubi...

Hanya DIA sahaja yang benar-benar faham haku...
Paling dekat...
Tersangat dekat...
Walaupun kadang-kala haku bercakap seorang...
DIA mendengar...
DIA memahami...

Haku sentiasa dengan kekuatan...
Walaupun kadang-kala haku tewas...
Hidup haku dengan senyuman...
Walaupun raut wajah ceria...
Hanya DIA yang boleh mengetahui apa yang haku alami...
Apa yang haku rasa...
Sedih, menangis, ketawa dan gembira...

Seharian hari ini haku menangis...
Haku sangat sedih...
Ya Allah, berikanlah kekuatan sentiasa kepada hambamu ini...
Berdepan dengan semua dugaanMu...

Sudah lama haku tak menangis...
Sebab haku sayangkan mutiara...
Sebab haku dah berjanji tidak akan menangis tanpa bersebab...

Tetapi, haku perlu juga menangis untuk melegakan apa yang dirasa...
Haku tak dapat memenuhi keinginan untuk semua...
Masa dan waktu bantulah haku...
Berikanlah jalannya...

Kalau diikutkan hati, mahu sahaja haku menjerit...
Haku bukannya menyusahkan sesiapa kan...
Ohh rintihan hati, ini hanya dapat kulagukan dalam hati...
Sebenarnya haku tak mampu berkata-kata...
Kerana mata haku sudah bergenang hebat...
Lalu haku membiarkannya mengalir, bagaikan air yang mengalir di daun keladi...
Haku keletihan...
Mata, berikanlah haku ruang untuk tidur...
Nak tidur...
Nak tidur...
Nak tidurRrRrRrrr...

::Zai Jian::




Saturday, October 2, 2010

"DiARi..."


Pejam celik,sudah bulan sepuluh...
Tiga bulan terakhir 2010 bulan terpenting buat Cik Adi...
Seharus memanfaatkan sebaiknya...

Mengikut perancangan terkini dan tertulis di dalam diari hidup Cik Adi...
Cik Adi harus melaksanakannya mengikut keterlitian...
Didoakan segala yang tertulis dapat dilaksanakan dengan baik...
Mudah-mudahan...
Dengan keizinan-Nya...
Nyatanya Cik Adi puas dengan seusia sekarang...
Dapat menjalani kehidupan dengan sebaiknya...
Berkat sokongan keluarga,yang tersayang,sahabat dan kawan-kawan...
Kalaulah dunia ini boleh berputar semula ke usia remaja dahulu,Cik Adi hendak juga kembali...
Hiks!!!...

Ketawa,gembira,kesedihan adalah teman sejati dalam hidup Cik Adi...
Tidak mustahil atau sebaliknya yang terjadi...
Semuanya ada hikmah...
Ada hidayah...
Semuanya sudah tertulis...
Tersurat mahupun tersirat...
Alhamdulilah yang baik datang daripada-Nya...
Buat kata Mama dan Abah,mereka sudah puas menjaga Cik Adi...
Dengan pelbagai kerenah dan teletah...
Bermacam ragam dan perangai...

Seusia sekarang Cik Adi sudah besar...
Sudah dewasa...
Cik Adi akan melalui perjalanan setiap tahun...
Hari demi hari...
Dengan kehidupan mendatang...
Perlu tempuhi...
Dengan penuh kecekalan dan ketabahan...
InsyaAllah...
::Zai Jian::









Saturday, September 18, 2010

"ToMeYyy KaN...!!!:)"
















































































Ha...haa:)...

Siapa yang comel tu???...

Cik Adi atau Guinea Pigs nya; Hiks!!!:)...

Entry kali ini mengenali Guinea Pigs Cik Adi...

Peliharaan terbaru family Cik Adi...

Sangat gebu bulunya...

Jangan tak tahu; Mama Cik Adi dan Abah sangat menyayanginya...

Sudah macam anak sendiri hehehehee:)...

Selalu mandikan dan menjaganya dengan baik...

Mana tidak; harganya RM180.00 seekor...

Mahal kan???

Sebab suka dan minat; Mama dan Abah sanggup membelinya...

Buat kata mereka; teman berhibur dan bermain ketika masa terluang...

OwaHhHh:)...

Nama Guinea Pigs ini Mickey dan Chikey...

Namanya, Mama yang letakkan...

Sangat jinak, manja dan aktif...

Sekarang Guinea Pigs ini berusia tiga bulan...

Sangat kuat makan yer...

Tak sabar pula, Cik Adi menunggu Guinea Pigs kepunyaan sendiri...

Semoga Mickey dan Chikey membesar dengan baik, sihat dan mendapat baby yang comel...

Boleh la Cik Adi pula yang memeliharanya:)...

::Zai Jian::