Saturday, October 16, 2010

"BaJeT 2011 MeNyeBaR KeMaKmUrAn:)"

Seharusnya berbangga dengan belanjawan semalam...
Bajet 2011...
Mari kita lihat;:)

*Imbuhan khas RM500 kepada penjawat awam Gred 54 dan ke bawah...
*Kadar tol 4 lebuh raya Plus tidak dinaikkan untuk 5 tahun...
*Skim Rumah Pertamaku untuk isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah dan harga rumah di bawah RM220,000...
*Pemansuhan duti import ke atas 300 barangan kegemaran...
*Sistem Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dimansuhkan...
*Pembinaan menara 100 tingkat dijangka siap pada 2015...
*Cuti bersalin fleksibel ditambah sehingga 90 hari bergaji penuh...
*Kenaikkan elaun Pengerusi JKKK, Tok Batin (RM800), Imam (RM750) dan Guru Kafa (RM800)...
*Gaji minimum pengawal keselamatan RM500...
*Cukai semua jenis telefon bimbit dimansuhkan...

*Komen daripada Cik Adi:);

Paling Cik Adi suka dengan Skim Rumah Pertamaku...
Memberi kelebihan kepada golongan muda gaji RM3,000 dan boleh merancang menetap di rumah sendiri dengan lebih awal dan kelonggaran juga turut diberikan kepada mereka yang berpendapatan kurang RM4,000...
Bagus kan:)...

Haa...jaminan kerajaan terhadap 10 peratus bayaran pendahuluan rumah di bawah RM220,000 pembelian, memberi impak yang baik kan kepada kita (golongan muda)...

*Note : Jadi, selepas ini golongan muda seharusnya membeli rumah la dahulu berbanding sebelum ini yang lebih suka membeli kereta hiks!!!;)...

::Zai Jian::




4 comments:

DrSam said...

apa-apa bajet pun belanjawan kita tetap mesti berhemat...

adiwarnatasya said...

Cik Adi setuju DrSam:)

Julima said...

rmh geres susah dah nak dpt 220k....kalo limit 250k kan best...

adiwarnatasya said...

Ada je Ju5,area Rawang atau Seremban byklah...
*Tu pun kira bagus gak kerajaan nak membantu:)