Tuesday, November 30, 2010

"Mengapa Hawa tercipta saat Adam tertidur dan Hawa melahirkan saat dirinya terbangun???"

By : Rully Varadita Effendy

Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya,, Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cintanya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebusnya dengan kehidupannya.

Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu (jantung, hati nurani). Oleh kerana itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikannya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang puteri yang manja, dan seorang isteri yang penurut.

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “Jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksudnya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.

Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu bererti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang .......


::Zai Jian::

13 comments:

Julima said...

ehem..jgn sedih2...nntti kita jupa ekk...

Ad said...

suka quote tugas hawa adalah menjaga hati,.


..bukan menyakitkan hati pasangannya

harap diapply kepada semua hawa2 disana

bukan pandai baca/tulis jer

adiwarnatasya said...

Ju5:)

adiwarnatasya said...

Ad;
Begitulah juga dengan Adam...
So, sama-samalah kita menjaga hati di antara satu sama lain:)...

Julima said...

Hawa yg ditugaskan utk menjaga hati tp hati si hawa biasanya takda sapa nak jaga. hawa tetap mjaga hati pasangannya walau hatinya sdiri terluka....
kadangkala adam mengkehendaki hawa menjaga hatinya tetapi jarang melakukan perkara yg sama.
"Eve will always ask for apology even it is not her fault".

Ad said...

cik adi/julima

betul juga..tapi hawa selalu tidak puas dgn apa yg dimiliki dan sentiasa meminta lebih ..

ulama dan sahabat berpesan, hati yg meminta lebih adalah hati yg sakit..

hawa seharusnya lebih rasional, bersabar dan tidak menyakiti hati pasangannya dan train hatinya sendiri supaya tidak meminta lebih..

adam juga perlu bertolak ansur tetapi tidakla sampai makan maruah diri..*mode ustaz tetiba

Julima said...

yer En.ADam...

hawa yg mana satulah yer yg meminta-minta secara berlebihan tuh..
bukan semua begitukan..kalo dr segi kewangan hawa zaman skang pon ble dapati sdiri..kalo dr segi kasih syng apelah salahnya meminta berlebihan..tak luak pun kan..
bab berfikiran tak rasional tu semua manusia akan melalui attitude begitu..for a certain reason. Neither adams nor eves...
But i believe life is about give n take.//adoyai.dah mcm berforum plak..mode ustajah segera..*_*

adiwarnatasya said...

Betul tu Ad:)
Saya setuju.

"Inilah yang dimaksudkan;"

*Allah menjadikan syahwat nafsu itu sepuluh,sembilan untuk kaum hawa dan satu untuk kaum adam.

*Allah juga menjadikan akal itu sepuluh,sembilan untuk kaum adam dan satu untuk kaum hawa.

*Sebab itulah,kaum hawa lebih mendahulukan perasaan dari akalnya...dan kaum adam pula, Allah menjadikannya sebagai ketua atau pemimpin bagi membentuk dan memimpin kaum hawa kerana kaum adam lebih berupaya,mampu dan tahu untuk membentuk dan melentur kaum hawa...:)

adiwarnatasya said...

::Penambahan::

*Kehidupan berpasangan saling melengkapi di antara satu sama lain...

*Mana yang terkurang daripada kaum Hawa,kaum adam akan menutupi segala kekurangan itu...Mana yang terlebih,kaum adam akan memberi dan mengajarnya...

*Semoga menjadi pedoman, petunjuk dan penghayatan bersama...

*InsyaAllah.
Princess Cik Adi:)

dayana fezura zaini said...

Perdebatan hebat ni.
Mai nk tlg +++ sama...

"Maka disbbkan itulah Hawa diciptakan drpd tulang rusuk kiri Adam,utk sentiasa dilindungi dan dekat dihatinya untuk sentiasa disayangi..."

W'salam.

Ad said...

wah,,,ramainya hawa disini

cik ustajah segera@julima
kasih sayang xluak meminta lebih, tapi tak perlu la meminta sampai pihak adam lemas.
give and take..benar..tetapi kenapa hawa susah nak rasa yg dia menerima lebh dr sepatutnya
kewangan, hawa hari ini lebih byk berjaya dr adam..so, isu kewanga bukanla isu.

adiwarnatasya said...

Ad;
Cik Adi ingin menamatkan forum entry nie:)

*Tiada memihak kepada sesiapa entry nie.
*Tiada kalah atau menang.
*Thanks; kpd semua yang sudi berkongsi pendapat dan pandangan.

"Sesungguhnya yang memberi lebih baik dari yang menerima; Jadi, berbahagialah tangan yang memberi dan nantikan ganjaran pahala dariNya"...
(hanya pemberian yang baik dan bermakna):)"

*Sama-samalah semua Adam dan Hawa memperbaiki khilaf masing-masing.

Sekian;
Jazakallah:)

idot said...

adoi... ni da lain mcm jer...
aku no komen...
tepuk dada tanya hati masing2..