Monday, August 24, 2009

"PeMbUkAaN RaMaDhAN"


First Ramadhan dengan hidangan KFC...
Makan bersama dengan Kanda Adibah :)...
Tetiba teringat family di kampung;
Kebiasaannya pertama Ramadhan pelbagai juadah hidangan yang best daripada Mama...
Mama akan pastikan semua masakan kesukaan anak-anaknya dimasakkan...
Alangkah bestnya pertama Ramadhan bersama family...
Bersama dengan Abah, Mama dan adik-adik...
Nak balik, Mama beritahu tak perlu balik kampung...
Mama suruh fokus study tuk exam...
Mama tak izinkan balik...
Mama beritahu balik raya nanti...
Walaupun tak balik, Mama tetap masak masakan kesukaan...
Cadangnya, first berbuka;
Nak pergi pasar ramadhan...
Memang suka pergi pasar ramadhan first ramadhan...
Melihat pelbagai juadah yang dijual dan membeli...
Teringat pesan Abah...
Nasihat Abah;
"Makan jangan terlalu kenyang...
Biar makan berulang kali...
Bila terlalu kekeyangan nanti; tak larat nak mengaji dan solat terawih...
Jangan makan ikut nafsu...
Jangan terlalu banyak minum air ais nanti badan letih lesu...
Sebabnya, air ais melemahkan badan..."
Teringat;
Kebiasaanya Abah akan jadi imam dan berterawih di rumah bersama familynya pada hari pertama puasa...
Berbuka bersama sudah semestinya...
Hari berikutnya kami adik beradik mengikut abah ke masjid...
Bila anak-anaknya sudah besar;
Tradisi ini masih diteruskan...
Cuma siapa yang ada sahajalah :)...
Setiap kali bersahur pula;
Mama atau Abah datang ke bilik anak-anaknya menggerakkan kami daripada tidur..
Bangun untuk bersahur bersama-sama...
Mama dan Abah lah orang yang terawal bangun pagi...
Abah akan menolong Mama di dapur menyiapkan makanan bersahur...
Doa berbuka puasa, doa makan dan doa selepas makan tidak pernah dilupakan...
Menjadi rutin kami lima adik beradik membaca doa ini bergilir-gilir...
Tiada sesiapa yang terkecuali...
Semua akan merasa membacanya...
Selepas itu; buah kurma menjadi sentuhan pertama kami sekeluarga dan diikuti dengan juadah yang lain...
Menikmati juadah hidangan dengan gembiranya :)
"Bulan mulia datangnya Ramadhan...
Bersama menunaikan ibadah puasa dengan kusyuk...
Disertai dengan amal ibadat terawih dan diperdengarkan alunan ayat-ayat Al-Quran"


4 comments:

Mesayu Kirana said...

tedapnyerrrr kfc..terus lapo rasa perut nih..sayu plak biler baca...sob..sob..

Adiwarnatasya said...

Mesayu,
Owhhh;
Ha, apa lagi: silakan makan KFC rini:)

KilauJauharah said...

amboi adi...menabung kat kfc di bulan ramadhan tak kesian ker dgn nasib org2 palestine...huhu,,jgn mare...

Adiwarnatasya said...

Ara,
Ahakkk
Tersentap kejap beb!!!