Balik kampung kali ini Cik Adi duk dapur memasak sahaja...:)
Buat kata adik-adik;dah jemu dengan masakan Mama...
Jadinya;untuk tidak mengecewakan permintaan adik-adik,Cik Adi memasak...
Rasanya apa yang Cik Adi memasak tu???
Pernah dengar "Masak Lemak Umbut Kelapa"???
Haa;
Inilah rupanya masak lemak umbut kelapa...
Sangat manis dan sedap...
Berani potong jari beb!!!
Hehehee:)
Mana datang manisnya???
Sudah tentu 100% daripada isi umbut kelapa...
Tiada sebarang gula digunakan...
"Masak Lemak Umbut Kelapa" ini kesukaan keluarga Cik Adi...
Cik Adi suka meratah jer umbut ini...
Umbut Kelapa ini buat kerabu pun sedap...
Lepas itu ditambahkan dengan rebusan kerang + kerisik +mayang bawang,halia/lengkuas,cili padi,daun kunyit halus-halus + Lada Hitam + Perahan Limau...
Perghhh memang sedap!!!
Sesekali balik;tukar selera kampung kan...
Kalau balik;memang suka duduk dapur bersama Mama:)
Mama sangat rajin memasak...
Apa sahaja yang diminta Cik Adi nak makan;Mama pasti tunaikan...
Sayang sangat Mama:)
Tapi dalam masa yang sama;adik-adik pun sama meminta Cik Adi memasak...
Heheee sangat bijak mereka kan...:)


