Tuesday, February 19, 2013

Salam...Kembali di tahun 2013

Owahhh dah tahun 2013 baru aku nak buka blog...Haishhh...Cik Adi...Cik Adi...
Tahun 2012 memang banyak meninggalkan kenangan yang abadi buat aku...
Dah dua tahun aku bergelar isteri...Sekarang sudah menjadi Mama untuk anak-anak aku...

Tahun ini aku dianugerahkan seorang lagi zuriat...Alhamdulillah syukur kepadaNya.Rezeki kan...Memandangkan umur aku yang sudah semakin meningkat eloklah beranak lagi heheheheee...Anak aku yang pertama belum setahun lagi dah nak beradik...Memang sangat manja tapi lebih kepada papa nya...Mana tidaknya husband aku menjadi pilihan utamanya.Husband aku banyak membantu dalam segala urusan dirumah dan termasuklah menjaga anak aku...Baik sangat husband aku...Bertuah badan ini dapat suami yang tidak pernah berkira tulang empat kerat...Sayang die...

Pengalaman mengandung kali kedua ini tidak adalah jauh berbeza dengan pertama dulu...Nyata aku terlalu kuat makan sangat...Selera sentiasa ada walaupun di awal kandungan pertama mengalami alahan...Alhamdulillah...Nasi dan sayur selalu menjadi pilihan utama...

Aku nak postkan gambar baby aku yang comel yang semakin hari semakin bijak dan banyak teletahnya hari-hari...Lihatlah wajah aku pun sudah tembam okey...Kedua hero ini tetap hensem dan sentiasa bersama aku...:)

                                                                       ::Zai Jian::

Wednesday, February 29, 2012

"SeLaMaT HaRi LahiR....."


Dulu dia kawan...
Daripada kawan menjadi kekasih...
Daripada kekasih menjadi tunang...
Daripada tunang menjadi suami...
Daripada suami bakal menjadi papa kepada baby kami...
Alhamdulillah perjalanan kehidupan begitu cepat menyusur hari demi hari...
Tahun 2012 banyak tarikh yang Cik Adi nantikan...
Salah satu daripadanya ialah "Hari Lahir" Encik Suami...
"29.02.2012" hadir empat tahun sekali...
Tahun bertuah...
Tahun lompat...
Tetapi dalam kalender islam tiada istilah tahun lompat kan...
Setiap tahun "Februari" adalah hari kelahirannya...
Walaupun berjauhan; Cik Adi tetap hendak buat entry khas buat Encik Suami...
"Happy Birthday Sayang"...
Doa daripada Jue;
Segala kebaikan kehidupan sentiasa bersama art...
Beroleh kesihatan...
Dipanjangkan umur...
Bertambah rezeki...
Beroleh keberkatan kehidupan...&
Dikekalkan jodoh kita hingga ke akhir hayat...
Amin...
* Hadiah Cik Adi yang berharga buat Encik Suami adalah "Baby"...
Pelengkap rumahtangga kami...
Syukur Alhamdulillah kurniaan-Nya...:)


::Zai Jian::

Thursday, February 23, 2012

"Mengidam lagi ker?..."


Ermmm; tak adalah mengidam seperti masa permulaan mengandung dulu...
Cuma tekak ni terasa nak makan sesangat rojak...
Kalau orang Penang kata, pesembur kan...

Berminggu menanti, akhirnya dapat juga makan rojak hari ini...
Nikmat...nikmat...
Apa pun terima kasih Kak Lyn sebab belanja rojak ini...
Hilang sudah keterasaan hendak makan rojak...

*Perut pun senang hati...:)*


::Zai Jian::

Wednesday, February 22, 2012

"Menghitung Bulan, Hari, Masa & Saat"




Bersabar menanti kelahirannya...
Tak sabar nak melihat kehadirannya..."Cahaya Mata Kami":)...


::Zai Jian::

Friday, February 17, 2012

"Manalah Perginya....."




Hai; Cik Tom manalah kau pergi...
Asyik outstation jer...
Setiap kali hubby Cik Adi outstation, Cik Tom pun turut sama outstation...
AduHhHhh!!!...
Kalau suara Cik Adi memanggil, langsung sahutan suara kau tak kedengaran...
Kalau suara Hubby Cik Adi memanggil, langsung suara kau kedengaran...
Ermm; sangat bijak kau yer Cik Tom...
Cik Adi tahu, kau stress...
Rindu pula bila kau tak ada Cik Tom..
Risau pula kau tak makan nanti...
Nanti kurus kering kau semula...
Hari-hari Cik Adi tukarkan makanan dan air...
Cik Tom tak balik pun...:(
BaliklahHhH Cik Tom...

::Zai Jian::

Thursday, February 16, 2012

"Menghitung Hari....."

Cik Adi dah mula rasa berdebar...
Tidak lama sahaja lagi kan...

Tetapi di saat kedebaran itu tak sabar juga ingin melihat baby yang bakal dilahirkan...
Pelengkap rumahtangga Cik Adi dan Encik Suami...
Kedua kaki pun sudah membengkak dan sekali sekala terasa perut ini menegang bila baby bergerak...

Apa pun doa Cik Adi agar Allah mempermudahkan dan memberi kekuatan di saat melahirkan baby dan melahirkan baby yang sihat dan selamat...

Aminnn...

::Zai Jian::

Thursday, February 2, 2012

"Gambar Mama Buyung 2012"


















Ha...haa...

Inilah gambar terbaru Cik Adi yang sudah pun menjadi Mama Buyung...
Tembam juga kan...
Tembam-tembam berisi baby tau! haishhh...

Kepingin sangat hendak ke mari...
Tercapai juga hajat nak ke i-city nie...
Apa pun thanks kepada my hubby yang menunaikan hajat Mama buyung...
Hilang sudah keinginan di hati...hiks!:)...

Melihat lampu-lampu yang beraneka warna...
Cantik dan terpegun...
Suka Cik Adi:)...

*Mengandung anak Cik Adi yang bertuah nie, sangatlah suka Cik Adi berjalan-jalan...
Pantang sahaja di ajak KELUAR tau!!!...

:Zai Jian::

Thursday, January 5, 2012

"Salam Tahun Baru...:)"


Berakhir sudah 2011...
Pada tahun ini impian dan cita-cita Cik Adi banyak tercapai...
Syukur alhamdulillah...
Tahun 2011 penuh dengan kegembiraan buat Cik Adi...

Sekarang sudah pun berada di tahun 2012...
Tahun 2012 banyak yang Cik Adi nantikan...
Birthday En. suami tersayang...
Birthday Cik Adi sendiri...
Konvokesyen dan kelahiran baby...

Kelahiran baby hadiah yang paling bermakna buat Cik Adi dan En. suami...
Tak sabar rasanya menanti kelahiran baby...
Penyeri hidup Cik Adi, En. suami dan keluarga...
Doa Cik Adi, semoga baby yang dilahirkan comel, sihat, sempurna sifat dan selamat...
Aminnn...

Di usia baru;
Semangat dan azam pun sudah tentu baru...
Cik Adi akan berusaha buat yang terbaik untuk family Cik Adi...
Di doakan rezeki keluarga kami bertambah dengan keizinanNya...
Aminnn...

Di akhir kata; "Salam Tahun Baru" buat semua...
Semoga cita-cita dan impian anda tercapai pada tahun ini seperti yang dirancangkan...
Buat yang terbaik diiringan doa kepadaNya...
InsyaAllah...

::Zai Jian::

Wednesday, November 2, 2011

"Kenapa tubuh wanita panas semasa hamil?"

Ternyata Cik Adi sendiri pun tidak selesa dengan keadaan sendiri...
Selalu gelisah, susah nak tidur, sakit sendi-sendi anggota badan dan suhu badan pun selalu kepanasan...

Cik Adi google, mencari faktor penyebabnya...
Selain itu, Cik Adi turut bertanya kawan-kawan...
Risau juga keadaan diri ini tidak normal...

Menurut kawan-kawan Cik Adi, normal untuk ibu hamil dalam keadaan begini...
Sentiasa suhu badannya berasa panas...
Ohh ye...

Menurut apa yang Cik Adi baca dan google;

"Tubuh wanita banyak mengalami perubahan hormon ketika mengandung. Kadar metabolisme menjadi semakin bertambah apabila mengandung sampai tubuh badan wanita akan rasa panas.

Keadaan bayi yang semakin membesar juga menyebabkan tubuh ibu cepat berasa panas. Penghasilan hormon progesteron akibat meningkatnya suhu tubuh janin dalam kandungan boleh menyebabkan rasa panas.

Peningkatan peredaran darah semasa hamil membuatkan ibu sering berasa panas. Peningkatan aliran darah berlaku apabila hormon progesteron membuka lebih banyak saluran kecil darah di dalam permukaan kulit. Kapilari yang dipenuhi darah inilah yang membuatkan tubuh wanita hamil panas.

Kebiasaannya tubuh wanita hamil akan rasa panas apabila kandungan masuk 6 minggu dan rasa menjadi semakin kuat apabila kandungan berusia 32 minggu. Dalam situasi serius, kadangkala kepanasan ini boleh menyebabkan ibu-ibu pitam dan pengsan".

Sungguh sangat merbahaya kan...!!!
Bersabarlah Cik Adi ye...

::Zai Jian::

Saturday, September 17, 2011

"Kembali..."

Rindunyaaa...;
Rindu sangat hendak menulis...
Blog Cik Adi menyepi setelah beberapa bulan mendirikan rumahtangga...
Dalam beberapa bulan ini pelbagai perkara yang berlaku kepada Cik Adi...
Inilah yang dikatakan ujian daripadaNya...
Alhamdulillah semuanya dalam keadaan baik...

Banyak belajar sesuatu yang baru setelah bergelar seorang isteri...
Pejam celik sudah empat bulan Cik Adi mendirikan rumahtangga...
Dari tinggal di rumah sewa, kini tinggal sebumbung dengan Encik suami...
Alhamdulillah Encik suami banyak mengajar Cik Adi +++ jadi ++++++++
Belajar mengenali dan memahami kehidupan Encik suami bukan sesuatu perkara yang mudah...
Barulah Cik Adi tahu bagaimana menempuhi kehidupan alam berumahtangga...
Cik Adi bahagia dengan kehidupan baru sekarang...
Tetapi banyak perkara lagi yang perlu Cik Adi belajar dan selami...
Memerlukan kesabaran itu yang penting...
Diiringi dengan doa + usaha...
Aminnn...

::Zai Jian::

Wednesday, June 29, 2011

"Honeymoon; Danau Toba"












































































































Keindahan "Danau Toba" yang sungguh cantik tasiknya...


Sesuai untuk honeymoon atau bercuti bersama keluarga tersayang...


Thanks sayang Cik Adi; membawa saya ke sini:)


Tarikh : 09.06.2011 - 11.06.2011


Lokasi : Danau Toba; Medan; Indonesia


::Zai Jian::

Thursday, June 16, 2011

"Perutusan Raja Sehari"




































































Syukur Alhamdulillah dengan izinNya majlis Cik Adi dan suami berjalan dengan baik...


Pejam celik sudah tiga minggu lebih masa berlalu dan Cik Adi sudah bergelar seorang "Isteri" dan "Puan"...

Terasa bernafas apabila hajat di hati kedua-dua majlis mempelai telah terlaksana...


Doa restu ayahanda dan bonda diiringi sentiasa...


Pertemuan "Adam dan Hawa" atas kehendakNya...


Cik Adi adalah pelengkap tulang rusuknya...
Didoakan jodoh pertemuan ini berkekalan ke akhir hayat selamanya...


Aminnn...


::Zai Jian::

Wednesday, June 1, 2011

"Alhamdulillah...:)"










































Bersyukur Cik Adi kehadrat Ilahi dengan kurniaanNya...

Selamat sudah Cik Adi bergelar seorang isteri kepada seorang suami...

Alhamdulillah...

Bila jodoh sudah sampai, kami disatukan dengan izinNya...

Cinta diabadikan ke gerbang pernikahan dan perkahwinan...

Mahligai dibina dengan ikatan kasih sayang...

Bertemu akhirnya Cinta Adam dan Hawa...

Dialah kekasih hati...


::Zai Jian::













Thursday, May 19, 2011

"Salam Walimatul Urus"







"Inai di jari nampak berseri...



Bersatu kasih raja sehari...



Kami mengundang setulus hati...



Semoga majlis diberkati Ilahi..."





Hanya beberapa hari Cik Adi akan mengakhiri zaman bujang...



Selepas ini bergelar sudah sebagai seorang isteri...



Alhamdulillah, persiapan perkahwinan berjalan dengan baik atas keizinanNya...





"Ya Allah, Ya Tuhan Kami..."



Kami memohon doa restu Mu, berkatilah majlis ini...



Limpahkanlah berkat dan rahmat ke atas pasangan suami isteri ini...



Jadikanlah rumahtangga mereka aman dan bahagia dalam ketaatan terhadapMu...



Kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah serta,



Berikanlah ketenangan kepada mereka di dunia dan di akhirat...



Sempurnakanlah agama mereka dengan berkat ikatan ini...



Amin Ya Rabbal Alamin...



::Zai Jian::





Tuesday, April 5, 2011

"Rama-Rama Berkepala Ular"




















Apa yang ada kelainan pada rama-rama ini...

Cuba lihat betul-betul...

Di bahagian kanan dan kiri kepaknya berkepala ular...

Sungguh unik rama-rama ini kan...


Rama-rama ini, Cik Adi dapat melihatnya sendiri di lokasi Wisma MBSB...

Kami berkerumun melihat rama-rama ini...

Sangat besar dan cantik...

Keinginan untuk menyentuh rama-rama ini telah dihalang...

Tidaklah dapat Cik Adi memegang rama-rama ini...



::Zai Jian::

Friday, April 1, 2011

"MBSB ANNUAL GENERAL MEETING"




































Kenangan bersama di Sime Darby Convention Centre;

MBSB 41st Annual General Meeting (AGM)...

Tarikh : 31.03.2011


::Zai Jian::