Wednesday, November 2, 2011

"Kenapa tubuh wanita panas semasa hamil?"

Ternyata Cik Adi sendiri pun tidak selesa dengan keadaan sendiri...
Selalu gelisah, susah nak tidur, sakit sendi-sendi anggota badan dan suhu badan pun selalu kepanasan...

Cik Adi google, mencari faktor penyebabnya...
Selain itu, Cik Adi turut bertanya kawan-kawan...
Risau juga keadaan diri ini tidak normal...

Menurut kawan-kawan Cik Adi, normal untuk ibu hamil dalam keadaan begini...
Sentiasa suhu badannya berasa panas...
Ohh ye...

Menurut apa yang Cik Adi baca dan google;

"Tubuh wanita banyak mengalami perubahan hormon ketika mengandung. Kadar metabolisme menjadi semakin bertambah apabila mengandung sampai tubuh badan wanita akan rasa panas.

Keadaan bayi yang semakin membesar juga menyebabkan tubuh ibu cepat berasa panas. Penghasilan hormon progesteron akibat meningkatnya suhu tubuh janin dalam kandungan boleh menyebabkan rasa panas.

Peningkatan peredaran darah semasa hamil membuatkan ibu sering berasa panas. Peningkatan aliran darah berlaku apabila hormon progesteron membuka lebih banyak saluran kecil darah di dalam permukaan kulit. Kapilari yang dipenuhi darah inilah yang membuatkan tubuh wanita hamil panas.

Kebiasaannya tubuh wanita hamil akan rasa panas apabila kandungan masuk 6 minggu dan rasa menjadi semakin kuat apabila kandungan berusia 32 minggu. Dalam situasi serius, kadangkala kepanasan ini boleh menyebabkan ibu-ibu pitam dan pengsan".

Sungguh sangat merbahaya kan...!!!
Bersabarlah Cik Adi ye...

::Zai Jian::

Saturday, September 17, 2011

"Kembali..."

Rindunyaaa...;
Rindu sangat hendak menulis...
Blog Cik Adi menyepi setelah beberapa bulan mendirikan rumahtangga...
Dalam beberapa bulan ini pelbagai perkara yang berlaku kepada Cik Adi...
Inilah yang dikatakan ujian daripadaNya...
Alhamdulillah semuanya dalam keadaan baik...

Banyak belajar sesuatu yang baru setelah bergelar seorang isteri...
Pejam celik sudah empat bulan Cik Adi mendirikan rumahtangga...
Dari tinggal di rumah sewa, kini tinggal sebumbung dengan Encik suami...
Alhamdulillah Encik suami banyak mengajar Cik Adi +++ jadi ++++++++
Belajar mengenali dan memahami kehidupan Encik suami bukan sesuatu perkara yang mudah...
Barulah Cik Adi tahu bagaimana menempuhi kehidupan alam berumahtangga...
Cik Adi bahagia dengan kehidupan baru sekarang...
Tetapi banyak perkara lagi yang perlu Cik Adi belajar dan selami...
Memerlukan kesabaran itu yang penting...
Diiringi dengan doa + usaha...
Aminnn...

::Zai Jian::

Wednesday, June 29, 2011

"Honeymoon; Danau Toba"












































































































Keindahan "Danau Toba" yang sungguh cantik tasiknya...


Sesuai untuk honeymoon atau bercuti bersama keluarga tersayang...


Thanks sayang Cik Adi; membawa saya ke sini:)


Tarikh : 09.06.2011 - 11.06.2011


Lokasi : Danau Toba; Medan; Indonesia


::Zai Jian::

Thursday, June 16, 2011

"Perutusan Raja Sehari"




































































Syukur Alhamdulillah dengan izinNya majlis Cik Adi dan suami berjalan dengan baik...


Pejam celik sudah tiga minggu lebih masa berlalu dan Cik Adi sudah bergelar seorang "Isteri" dan "Puan"...

Terasa bernafas apabila hajat di hati kedua-dua majlis mempelai telah terlaksana...


Doa restu ayahanda dan bonda diiringi sentiasa...


Pertemuan "Adam dan Hawa" atas kehendakNya...


Cik Adi adalah pelengkap tulang rusuknya...
Didoakan jodoh pertemuan ini berkekalan ke akhir hayat selamanya...


Aminnn...


::Zai Jian::

Wednesday, June 1, 2011

"Alhamdulillah...:)"










































Bersyukur Cik Adi kehadrat Ilahi dengan kurniaanNya...

Selamat sudah Cik Adi bergelar seorang isteri kepada seorang suami...

Alhamdulillah...

Bila jodoh sudah sampai, kami disatukan dengan izinNya...

Cinta diabadikan ke gerbang pernikahan dan perkahwinan...

Mahligai dibina dengan ikatan kasih sayang...

Bertemu akhirnya Cinta Adam dan Hawa...

Dialah kekasih hati...


::Zai Jian::













Thursday, May 19, 2011

"Salam Walimatul Urus"







"Inai di jari nampak berseri...



Bersatu kasih raja sehari...



Kami mengundang setulus hati...



Semoga majlis diberkati Ilahi..."





Hanya beberapa hari Cik Adi akan mengakhiri zaman bujang...



Selepas ini bergelar sudah sebagai seorang isteri...



Alhamdulillah, persiapan perkahwinan berjalan dengan baik atas keizinanNya...





"Ya Allah, Ya Tuhan Kami..."



Kami memohon doa restu Mu, berkatilah majlis ini...



Limpahkanlah berkat dan rahmat ke atas pasangan suami isteri ini...



Jadikanlah rumahtangga mereka aman dan bahagia dalam ketaatan terhadapMu...



Kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah serta,



Berikanlah ketenangan kepada mereka di dunia dan di akhirat...



Sempurnakanlah agama mereka dengan berkat ikatan ini...



Amin Ya Rabbal Alamin...



::Zai Jian::





Tuesday, April 5, 2011

"Rama-Rama Berkepala Ular"




















Apa yang ada kelainan pada rama-rama ini...

Cuba lihat betul-betul...

Di bahagian kanan dan kiri kepaknya berkepala ular...

Sungguh unik rama-rama ini kan...


Rama-rama ini, Cik Adi dapat melihatnya sendiri di lokasi Wisma MBSB...

Kami berkerumun melihat rama-rama ini...

Sangat besar dan cantik...

Keinginan untuk menyentuh rama-rama ini telah dihalang...

Tidaklah dapat Cik Adi memegang rama-rama ini...



::Zai Jian::

Friday, April 1, 2011

"MBSB ANNUAL GENERAL MEETING"




































Kenangan bersama di Sime Darby Convention Centre;

MBSB 41st Annual General Meeting (AGM)...

Tarikh : 31.03.2011


::Zai Jian::

Thursday, March 24, 2011

"NiKmAt, DaPat MaKaNnYA...:)"














































Yum...yummm...
Nikmatmatnya, bila dapat makan sesuatu yang tidak pernah dirasai kan...
Dapat juga merasai macaroon yang lama diidamkan dan uhu! hu!
Memang sangat sedap!!!...
Bercerita tentang macaroon ni, sayang pulak Cik Adi nak makannya sebab cantik kan...
Suka pada bentuknya yang comel dan pelbagai warna...
Rasanya yang enak, menarik dan menambat hati Cik Adi...
Uhu! hu! pun Cik Adi suka...
Rasanya juga enak...
Masa mula-mula lihat uhu! hu! Cik Adi ingatkan cup cake...
Terpukau sekejap melihat uhu! hu! yang banyak tersusun dengan pelbagai pilihan...
Alangkah bagus kalau Cik Adi tahu membuatnya kan...
Boleh masak sendiri...
Itulah nikmatnya bila dapat makan dan mencuba:)...
Terima kasih kepada sayang Cik Adi yang membawa ke tempat ini untuk saya mencuba macaroon dan uhu! hu!:)...
Saya suka makan kedua-duanya:)
::Zai Jian::