Tuesday, August 31, 2010

"Merdeka...Merdeka...Merdeka..."
















Salam Kemerdekaan buat NegaraKu tercinta yang ke-53...
Bangga Cik Adi menjadi rakyat Malaysia...
Alhamdulillah hidup di bumi bertuah ini kan...
Tunku Abdul Rahman mengistiharkan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957...
Sekarang Malaysia bebas daripada Zaman Penjajahan...
Satu Malaysia dibawah satu bumbung yang sama...
Dengan pelbagai kaum,agama dan budaya...
"MeRdEKa!!!MeRdEkA!!!MeRdEkA!!!"
(SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN RAKYAT MALAYSIA)
::Zai Jian:)::

Monday, August 30, 2010

"KeSeSaKaN MeLaNdA SeBeLuM MeNjELaNg HaRi RaYa"






















Sesak kan!!!...
Suasana Jalan Tunku Abdul Rahman sebelum menjelang Hari Raya...
Masing-masing berpusu jalan sana sini membuat pilihan baju raya,tudung raya,kuih raya,kasut raya,songkok raya,samping raya,bunga-bunga hiasan untuk raya dan semuanya raya...
Berbagai gelagat dan kerenah manusia...
Ternyata nak pitam berada disini...
Berlaga antara satu sama lain...
Disebabkan nak mencari tudung buat Mama dan adik;...
Cik Adi pergi juga disini...
Mungkin sekali dan terakhir...
Buat sementara sebelum menjelang sudah Hari Raya...
Kebanyakan membeli tudung,baju melayu,baju kurung siap...
Lebih mudah dan cepat...
Berbagai pilihan dari peringkat kanak-kanak,remaja,dewasa dan warga emas...
1 Malaysia...
Semua kaum berada disini...
Bukan orang melayu kita sahaja membeli belah...
Malah kaum india dan cina juga turut mengambil kesempatan...
Terutamanya membeli dan menikmati makanan yang dijual di bazar ramadhan...
Sebab bulan ramadhan inilah;
Kalau nak makan makanan pelik-pelik semuanya ada kan hiks!!!:)...
::Zai Jian::

Wednesday, August 11, 2010

"PeRTaMa BeRpUaSa"

Salam...:)
"Selamat Menjalani Ibadah Puasa Kepada Semua Umat Islam"

Semalam Cik Adi sudah mula sembahyang terawih...
Alhamdulillah permulaan yang baik...
Azam untuk memenuhi solat terawih sehingga di akhir Ramadhan...
InsyaAllah...

Nak kongsi bersama;
Hari ini Cik Adi bersahur dengan segelas milo;nasi goreng kampung + ikan goreng didalamnya...

First Ramadhan dengan Nasi Goreng...
Sangat sedap dan berselera...
Just masak dua cawan nasi sahaja untuk tiga orang makan...
Makan bersama kakak-kakak rumah...

Bangun awal pagi tadi terfikir juga apalah yang Mama masak untuk bersahur agaknya kan di kampung...
Adakah sama dengan menu Cik Adi...
Hehehehee...

Semangat puasa hari ini;
Cik Adi bangun sahur 4.00 a.m...

Bangun-bangun mandi awal pagi Cik Adi...
Selepas itu memasak...

Cik Adi tidak tidur lepas bersahur...
Tetapi lepas bersahur gosok gigi;ambil wuduk...
Cik Adi mengaji sementara menunggu azan subuh...
Bulan Ramadhan bulan yang baik...
Azam untuk mengaji setiap hari:)...

Haa;
Cik Adi balik office di bulan Ramadhan 4.30 p.m...

Banyak masa tu kan...
Sekali sekala bolehlah membeli di pasar Ramadhan...
Makan seorang tak banyak mana pun kan...
Sentuhan kurma satu kewajipan sebelum menjamah menu yang lain...

Semoga di bulan yang baik ini kita sama-sama menjalani ibadah puasa dengan penuh kesabaran...
Beramal dengan kebaikan...
InsyaAllah:)

Zai Jian...

Friday, August 6, 2010

"KeJuTaN BuAt CiK Adi"



























Hari ini kejutan buat Cik Adi...
Owahhh hadiah kahwin ker??? atau hadiah birthday ker???
Ternyata semuanya bukan...
Kejutan hari ini adalah semperna Cik Adi bertukar ke department baru...
Department Office Managment (OMD)...
Genap tiga bulan...
Thanks kepada Bos;Norlina dan rakan-rakan Department Risk Management yang menjayakan majlis makan dan penyampaian hadiah cenderahati buat Cik Adi pada hari ini...
Sangat-sangat terharu dan berterima kasih kepada semua:)...
*Kalau macam ini haruslah nak tukar department baru sahaja kan...
Bleh kumpul hadiah banyak-banyak...
Hehehehee:)

"KhAs BuAt....."







"Entry khas buat mereka":);
Buat Tunang Cik Adi...
Thanks selimut gebu yang diberi...
Jue suka sangat selimut ini...
Seolah tidur dengan berpelukan Cik Teddy...
Owahhh:)...
Tidur lena Jue dengan selimut ini...
Dalam sejarah Jue tidur pakai selimut...
Hilanglah kerinduan Jue...
Sebab selimut ini penggantinya...
Jue sayang Art sentiasa:)...
Buat Kanda Lara pula...
Thanks kain pasang dan kerongsang epal yang diberi...
Cantik:)...
Walaupun dengan pelbagai teka teki...
Rupanya ada udang disebalik mee yer...
Sangat-sangat terima kasih dengan pemberian ini...
Haruslah Cik Adi buat kebaya dengan kain pasang ini Kanda:)...
Sayang Kanda juga:)...
"Note : Wo Hen Xie Xie Ni":)

"RiNdU KaT BLoG....."

Bukan Cik Adi tak mahu menulis...
Blog Cik Adi pun dah lama tak buka...
Heheheee:)
Yer;Cik Adi memang sibuk sejak akhir-akhir nie...

Tetiba hari ini rasa nak menulis pulak...
Esok Cik Adi kursus...
Lusanya exam...
Semoga kejayaan milik Cik Adi...
Aminnn:)

Terasa sunyi Cik Adi...
Tunang Cik Adi dah balik China semula...
Cik Adi sentiasa doakan keselamatan;kesihatan dan segala urusan pekerjaannya dipermudahkan...
Aminnn...
Sayang tunang Cik Adi sentiasa:)...

Kelas Cik Adi untuk semester akhir pun dah bermula...
Semangat baru Cik Adi...
Sebab tak sabar nak habiskan semester akhir ini...

Minggu hadapan semua umat islam menyambut kedatangan Ramadhan...
Bulan yang baik untuk semua...
Tak sabar nak berpuasa...
Nak pergi sembahyang terawih...

Belum Hari Raya lagi...
Tetapi Cik Adi dah membeli tiket balik kampung...
Owahhh semangat tu...
Tetapi raya tahun ini Cik Adi tak balik lama...
Ambil cuti dua hari sahaja...

Ok;lah Cik Adi nak sambung kerja semula...
Zai Jian:)