Monday, September 28, 2009

"PeRjaLaNan SeMinGgu LeBaRaN"

Tahniah Buat Mira...Akhirnya berjaya mendapat pilihan hati...



18 September 2009 (Jumaat)
Dah dua tahun tak beli kasut raya sendiri...
Ini kasut raya adiwarna tahun nie...
Cantik kasut nie memang menjadi pilihan hati...
Kelakarnya; tiap kali dapat kasut pilihan hati, mesti tak ada saiz...
Memang tiap kali beli kasut; adiwarna alami situasi ini...
Note:Seronoknya pada tarikh ini dapat berbuka puasa bersama si dia:)...
19 September 2009 (Sabtu)
Suasana hari raya mula terasa...
Bangun seawal pagi; semangat nak balik kampung...
Pagi ini hujan selebat-lebatnya...
Tahan cab terus pergi kejalan Duta...
Tujuannya; tak nak terlewat sampai...
Biar sampai awal tak apa...
Tiket bas pukul 11.30 a.m...
Fuhhh bestnyer dapat balik pukul 9.30 a.m...
Top up bas yang kosong...
Ingatkan dapat sampai awal dikampung...
Perjalanan 4 jam balik perak...menjadi 7 jam...
Lama woo:)...
20 September 2009 (Ahad)
Hari Raya Pertama menjelang...
Bersalaman...Bermaafan...Makan Bersama...
Raya pertama tak dapat ambil gambar sefamily...
Busynya...Hari Raya Pertama kali ini...
Adik beradik opah turun beraya di Perak kali ini...
Tak menang tangan kami sekeluarga...
Melayan telatah dan kerenah Pak Cik,Mak Cik,Sepupu Sepapat,Bapa Saudara,Mak Saudara dan Cucu Cicit Opah...
Serasa macam kenduri kahwin pulak rumah adiwarna raya kali ini:)...
21 September 2009 (Isnin)
Hari Raya Kedua...
Lagilah meriah dengan "open house"...
Berbagai juadah yang Bonda,Opah,Mak Cik dan Adiwarna masak...
Semua mak cik-mak cik menolong apa yang patut...
Berkumpul sekali sekala...
Setahun sekali...
Beramah mesra antara satu sama lain...
Macam-macam yang diceritakan...
Memang meriah hari ini:)...
22 September 2009 (Selasa)
Balik ke Ipoh; Perak...
Berkumpul sanak saudara dirumah Amilop...
Semperna pertunangan anak pertamanya dengan orang Melaka...
Abah menjadi perantara majlis pertunangan Syarifah Amirah...
Tahniah Mira:)...
23 September 2009 (Rabu)
Menanti kawan-kawan sekolah datang rumah...
Menyediakan Mee Soto dan Mihun Sup Utara sebagai juadah untuk mereka...
Buat Cik Na,Zuhira dan suami,Achik dan suami dan Jaa...
Seronok berjumpa dengan kamu semua...
Macam-macam yang diceritakan...
Tahun nie tak dapat beraya bersama dan konvoi dengan kawan-kawan yang lain...
Biasalah; kawan-kawan yang lain masing-masing beraya dirumah mertua...
Next year insyaAllah:)...
24 September 2009 (Khamis)
Hari ini duk rumah jer...
Makan kuih muih Mama dan Opah yang belum berkesempatan tuk makan...
Layan kerenah adik-adik...
Layan kerenah anak buah Meor Mohamad Iskandar bermain bunga api...
Layan kerenah Mak Saudara dan Bapa Saudara yang sibuk membincangkan perkahwinan sepupu adiwarna yang akan berkahwin pada November tahun ini...
Haa...dah nak jadi suami dah kamu Meor Syafaruddin...
Tahniah!!!:)...
Note:Buat Meor Mohamad Faisal selamat kembali ke UK...
Meor Mohamad Hafiz untuk kamu juga selamat kembali belajar dan success dalam bidang lakonan...
Buat Wan Fairus Akma semoga cepat2 dapat kerja ya...
25 September 2009 (Jumaat)
Tiba masanya adiwarna kembali ke KL...
Macam jauh benar bunyinyerr...
Buat Bonda tersayang thanks sediakan berbagai bekalan untuk anakanda bawa pulang...
Banyaknyerrr...
Perjalanan pulang ke KL hari ini lancar tanpa sebarang kesesakan...
Pulang setelah bercuti seminggu dikampung...
Dalam kepala dah terbayang kerja yang dah nak bermula dan kelas yang dah nak bermula:)...
26 September 2009 (Sabtu)
Berjumpa si dia...
Makan tengah hari bersama...
Memberi kuih raya yang adiwarna buat dan kuih raya dan rendang yang bonda buat...
Esok dia nak balik...
"Doa adiwarna...Semoga si dia success dalam pekerjaan dan sentiasa dalam perlindungan Allah Aminnn..."
Note:Petang dan malamnya pulak meluangkan masa bersama dengan Cik Naa...sambil study Grammar sama-sama:)...
27 September 2009 (Ahad)
Sebelah paginya meluangkan masa bersama dengan ila dan jaa...
Petangnya pulak pergi ke Low Yat dan Time Square cari buku study...
Maklumlah kelas dah nak bermula minggu nie...
Berbincang tentang Business...
Selamat Belajar tuk diri sendiri:)...
28 September 2009 (Isnin)
Ho ho ho...
Pagi-pagi lagi dah menjamu selera kuih raya...
Kuih raya yang dibawa oleh kawan-kawan office...
Di atas meja terdapat sekeping kad raya pertama untuk adiwarna daripada Kanda Lara...
Thanks Kanda kad raya itu:)...




















































































No comments: