Wednesday, September 30, 2009

"BeRmuLa HaRi Ini"

Malam tadi pukul sepuluh lepas menaip sms;tertido...
Sambil memegang buku ditangan;terlelap...
Sedar-sedar dah pagi;jam pukul 5.00 a.m...
Baru baca sms si dia...
Bangun;minum air masak segelas dan niat puasa...
Sebab hari ini dah berniat; nak mulalah buat puasa enam...
Kalau ditangguh-tangguhkan;takut pulak tak buat-buat juga puasanya...
Habis puasa enam; nak ganti puasa yang tertinggal;Huhuhuhuu...
Inilah perempuan; yang tak akan berpuasa penuh setiap kali Ramadhan...
Kalau nak berpuasa penuh pun masa kanak-kanak hingusan dulu boleh laa...
Bertuah jadi perempuan sebab dapat cuti rehat yang Allah berikan:)...

Pagi nie datang office hujan...
Perjalanan diteruskan...
Jalan raya mulalah sesak dengan kenderaan...
Kalau hujan; situasi nie mesti berlaku...

Sampai office;duduk rehat-rehat kejap...
Tak payah nak pikir-pikir nak sarapan pagi...
Nak makan apa???
Sebab puasa kan...
Pastu;
Ambil buku study kejap...
Teringatkan pesan si dia...
Nasihatnya berguna tuk adiwarna...
Memang betul kata dia...

Terkilan juga semester kedua tak dapat capai target...
Soalan exam susah...
Itu bukan alasan...
Usaha lagi; itu yang penting kan...
Tak dapat berikan 4 pointer tuk si dia...
Rasa bersalah...

Semester ketiga dah bermula...
Usaha perlu lebih lagi dari sebelumnya...
Semester ketiga lagi susah...
Nak seribu daya kan...
Perlu rancang strategi baru tuk study yang lebih efektif...
InsyaAllah:)...
::adiwarnatasya::










Monday, September 28, 2009

"PeRjaLaNan SeMinGgu LeBaRaN"

Tahniah Buat Mira...Akhirnya berjaya mendapat pilihan hati...



18 September 2009 (Jumaat)
Dah dua tahun tak beli kasut raya sendiri...
Ini kasut raya adiwarna tahun nie...
Cantik kasut nie memang menjadi pilihan hati...
Kelakarnya; tiap kali dapat kasut pilihan hati, mesti tak ada saiz...
Memang tiap kali beli kasut; adiwarna alami situasi ini...
Note:Seronoknya pada tarikh ini dapat berbuka puasa bersama si dia:)...
19 September 2009 (Sabtu)
Suasana hari raya mula terasa...
Bangun seawal pagi; semangat nak balik kampung...
Pagi ini hujan selebat-lebatnya...
Tahan cab terus pergi kejalan Duta...
Tujuannya; tak nak terlewat sampai...
Biar sampai awal tak apa...
Tiket bas pukul 11.30 a.m...
Fuhhh bestnyer dapat balik pukul 9.30 a.m...
Top up bas yang kosong...
Ingatkan dapat sampai awal dikampung...
Perjalanan 4 jam balik perak...menjadi 7 jam...
Lama woo:)...
20 September 2009 (Ahad)
Hari Raya Pertama menjelang...
Bersalaman...Bermaafan...Makan Bersama...
Raya pertama tak dapat ambil gambar sefamily...
Busynya...Hari Raya Pertama kali ini...
Adik beradik opah turun beraya di Perak kali ini...
Tak menang tangan kami sekeluarga...
Melayan telatah dan kerenah Pak Cik,Mak Cik,Sepupu Sepapat,Bapa Saudara,Mak Saudara dan Cucu Cicit Opah...
Serasa macam kenduri kahwin pulak rumah adiwarna raya kali ini:)...
21 September 2009 (Isnin)
Hari Raya Kedua...
Lagilah meriah dengan "open house"...
Berbagai juadah yang Bonda,Opah,Mak Cik dan Adiwarna masak...
Semua mak cik-mak cik menolong apa yang patut...
Berkumpul sekali sekala...
Setahun sekali...
Beramah mesra antara satu sama lain...
Macam-macam yang diceritakan...
Memang meriah hari ini:)...
22 September 2009 (Selasa)
Balik ke Ipoh; Perak...
Berkumpul sanak saudara dirumah Amilop...
Semperna pertunangan anak pertamanya dengan orang Melaka...
Abah menjadi perantara majlis pertunangan Syarifah Amirah...
Tahniah Mira:)...
23 September 2009 (Rabu)
Menanti kawan-kawan sekolah datang rumah...
Menyediakan Mee Soto dan Mihun Sup Utara sebagai juadah untuk mereka...
Buat Cik Na,Zuhira dan suami,Achik dan suami dan Jaa...
Seronok berjumpa dengan kamu semua...
Macam-macam yang diceritakan...
Tahun nie tak dapat beraya bersama dan konvoi dengan kawan-kawan yang lain...
Biasalah; kawan-kawan yang lain masing-masing beraya dirumah mertua...
Next year insyaAllah:)...
24 September 2009 (Khamis)
Hari ini duk rumah jer...
Makan kuih muih Mama dan Opah yang belum berkesempatan tuk makan...
Layan kerenah adik-adik...
Layan kerenah anak buah Meor Mohamad Iskandar bermain bunga api...
Layan kerenah Mak Saudara dan Bapa Saudara yang sibuk membincangkan perkahwinan sepupu adiwarna yang akan berkahwin pada November tahun ini...
Haa...dah nak jadi suami dah kamu Meor Syafaruddin...
Tahniah!!!:)...
Note:Buat Meor Mohamad Faisal selamat kembali ke UK...
Meor Mohamad Hafiz untuk kamu juga selamat kembali belajar dan success dalam bidang lakonan...
Buat Wan Fairus Akma semoga cepat2 dapat kerja ya...
25 September 2009 (Jumaat)
Tiba masanya adiwarna kembali ke KL...
Macam jauh benar bunyinyerr...
Buat Bonda tersayang thanks sediakan berbagai bekalan untuk anakanda bawa pulang...
Banyaknyerrr...
Perjalanan pulang ke KL hari ini lancar tanpa sebarang kesesakan...
Pulang setelah bercuti seminggu dikampung...
Dalam kepala dah terbayang kerja yang dah nak bermula dan kelas yang dah nak bermula:)...
26 September 2009 (Sabtu)
Berjumpa si dia...
Makan tengah hari bersama...
Memberi kuih raya yang adiwarna buat dan kuih raya dan rendang yang bonda buat...
Esok dia nak balik...
"Doa adiwarna...Semoga si dia success dalam pekerjaan dan sentiasa dalam perlindungan Allah Aminnn..."
Note:Petang dan malamnya pulak meluangkan masa bersama dengan Cik Naa...sambil study Grammar sama-sama:)...
27 September 2009 (Ahad)
Sebelah paginya meluangkan masa bersama dengan ila dan jaa...
Petangnya pulak pergi ke Low Yat dan Time Square cari buku study...
Maklumlah kelas dah nak bermula minggu nie...
Berbincang tentang Business...
Selamat Belajar tuk diri sendiri:)...
28 September 2009 (Isnin)
Ho ho ho...
Pagi-pagi lagi dah menjamu selera kuih raya...
Kuih raya yang dibawa oleh kawan-kawan office...
Di atas meja terdapat sekeping kad raya pertama untuk adiwarna daripada Kanda Lara...
Thanks Kanda kad raya itu:)...




















































































Wednesday, September 16, 2009

"SeLaMaT HaRi RaYa AiDiLfiTri"

Syawal Menjelang Tiba, Tadbir Bergema Menyentuh Jiwa...
Sekiranya Ada Salah Dan Dosa, Ampun Diminta Di Hari Mulia...

"Selamat Hari Raya Aidilfitri"
"Maaf Zahir Dan Batin"
::adiwarnatasya::

Tuesday, September 15, 2009

"TiGa TrAGeDi RaMaDhAn"


"Tragedi Di Bulan Ramadhan"

Tarikh:30 Ogos 2009
Lokasi:Pasaraya SOGO
Kes:Kehilangan Anak

Dimana sepasang suami isteri ni kehilangan anak lelaki berusia tiga tahun...
Mak dan Ayah ni sibuk memilih baju raya terlupakan anak mereka dah tak ada disisi...
Ibu kepada kanak-kanak itu, yang dalam keadaan menangis bertanyakan adiwarna, nampak tak anak lelaki dia berusia tiga tahun memakai baju warna kuning berkeliaran disini...
Dapat rasakan,bagaimana ibu ini menanggung kesedihannya...
Suaminya pula, menyalahkan si isteri dengan memarahi si isteri...

Tarikh:12 September 2009
Lokasi:Pasar Malam Masjid Jamek
Kes:Seluk Saku

Seorang remaja perempuan bersama empat kawannya sibuk memilih tudung untuk dipadankan dengan baju kurung yang dibawa oleh mereka...
Sewaktu hendak membayar; salah seorang daripada mereka kehilangan beg duit...
Waktu tu, adiwarna dan kawan baru sahaja sampai di lokasi...
Kesian remaja perempuan tu.Menurut Pak Cik tu, didalam beg duit remaja perempuan tu terdapat lesen,ic,kad ATM dan RM400...Beg yang digalas dibelakangnya koyak akibat ditores dengan pisau...

Tarikh:15 September 2009
Lokasi:Kampung Pandan Dalam;Ampang
Kes:Kemalangan

Depan mata sendiri...
Seorang remaja perempuan sekolah yang menaiki motosikal terjatuh di tengah jalan akibat dilanggar sebuah motosikal lain...
Ambil tindakan; menolong remaja perempuan tu, untuk mengelakkannya daripada dilanggar kenderaan lain...
Baju sekolahnya terkoyak dan luka dikaki dan tangannya.Keadaan menjadi kecoh seketika...
Dua orang polis datang ketempat kejadian dan adiwarna beredar tuk ke office.

Note : "Berhati-hati dan Jangan Cuai"

Friday, September 11, 2009

"ChiT ChAt DuiT RaYa"

Berkenaan duit raya nie teringat zaman kanak-kanak dulu...Hari Raya paling dinantikan.Sebabnya tak sabar-sabar nak bersalaman dengan Abah, nak dapat duit raya...Kebiasaanya, Abah akan memberi RM50 seorang kami adik-beradik...Mewah la... RM50 tu dah besar nilainya waktu tu...Kalau dulu RM50 dah boleh beli macam-macam...Tapi sekarang, jangan haraplah...Mama pulak tak bagi duit raya.Mama lebih suka belikan kami baju raya, kami adik beradik...

Kebiasaan, di pagi raya macam biasalah bangun seawalnya mandi sunat Hari Raya...Selepas itu menolong Mama didapurnya menyiapkan sarapan pagi terutamanya kuih apam yang dibuat oleh opah,lemang,ketupat daun palas sudah semestinya dimakan bersama serunding daging atau ayam dan juga rendang tok...Rendang Tok ni memang wajiblah bagi keluarga kami..."Rendang tradisi di negeri Perak"...dan juga Roti Jala yang dimakan bersama dengan Kari Ayam.

Menu berat yang lain; seperti Lontong ke,Nasi Tomato ke,Nasi Hujan Panas ke,Nasi Minyak ke,Mee Kari ke,Mee Rebus ke,Kueh Tiaw Sup ke akan dijadikan juadah makan selepas balik sembahyang raya dan makan bersama keluarga yang lain...

Sebelum sembahyang raya kami adik beradik akan bersarapan pagi bersama dengan Abah dan Mama...Adik-adik lelaki dan Abah nampak segak dengan baju melayu beserta samping mereka dan yang perempuan cantik berbaju kurung...Warna sedondon dah semestinya.Duduk dan makan bersama...

Selepas makan, kami sekeluarga akan ke ruang tamu;Mama dan Abah akan duduk di Sofa... Mmmm kami adik beradik akan berbaris dimulai anak yang pertama bersalaman dan mencium tangan dan pipi Abah dan Mama;sambil memohon ampun semua dosa salah dan silap kepada Abah dan Mama...Pas tu sampul duit raya pun keluarlah dari poket besar abah itu...Huhuhuhu...Dapatlah duit raya; hooorayyy...Nakal waktu tu sebenarnya; duit rayalah yang dinanti-nantikan...Pas tu sibuklah kami adik beradik masuk bilik buka sampul raya tengok dalam tu ada berapa banyak RM???...Mulalah tengok sampul orang nie...orang tu...takut dapat tak sama...heheheheee

Pas tu pergi sembahyang raya bersama...Balik daripada sembahyang raya, kami terjah ke rumah opah pulak misi dan visi seterusnya...Bersalaman dengan opah,atuk,mak saudara dan bapa saudara...Keluarlah lagi sampul duit raya berwarna warni dari poket mereka...Mmmm memang best waktu tu...Rasa kaya sangat;maklumlah setahun sekali dapat pegang duit yang banyak...

Hari Raya Kedua paling best yang dinantikan..."Open Hause" menjadi kewajipan setiap tahun di Hari Raya Kedua.Semua adik beradik Opah,Mama dan Abah akan datang ke rumah kami berkumpul.Waktu tu pun semua pakat bersalaman sepupu sepapat,pak cik mak cik yang tua dan muda,terutamanya kanak-kanak sebab nak dapat sampul duit berwarna tu....

Hari Raya Ketiga ketiga pula,balik kampung rumah sebelah Abah..."Hohoho Balik Kampung...Hohoho Balik Kampung hati girang...."dan beraya dulu di rumah "Bah"..."Bah" ni Opah lah paggilan opah di sebelah Abah...pelik kan bunyinya....dan selepas itu misi dan visi seterusnya ke rumah mak saudara dan bapa saudara...Pergi beramai ramai dengan adik beradik Abah...

Bosan juga tunggu mereka bersembang...maklumlah waktu tu kan kecik lagi...Tak paham apa yang disembangkan mereka..."dalam hati nie; Bilalah mereka nie nak sudah!!!"Bila la mereka nie nak kata, jom balik..."Dapat je lampu hijau;Mmmm....kerianganlah kami sepupu sepapat sebab tak sabar nak balik...Dapat duit raya lagikkk!!! yepiiiiiiiiiiiiii...Memang best jadi kanak-kanak waktu tu...

"Sekarang,mengeluarkan duit raya sudah menjadi kewajipan...Masa kecik-kecik dulu menerima...Sekarang memberi...:)"

"EsPeCiaLLy To....."


::Kanda Adibah::

All the best in your future undertakings.....
May the blessing of the Almighty be bestowed upon you and your beloved family always.....

::"HaPpY BiRtHdAy To You"::




Thursday, September 10, 2009

"JaLaN-JaLaN CaRi MaKaN"


Flaming Steamboat Buffet;
No. 123 & 124, Jln PJS 11/2, Spectrum Shops, Bandar Sunway, 46150 P.Jaya, Selangor D.E.
Operation Hours: 5pm to 12midnight everyday
Enquiries & Reservations: Call Us at (03) - 5633 6820 info@flamingsteamboat.com :: http://www.flamingsteamboat.com ::
::Note::
Hari tu; pi makan dengan kawan-kawan di Steamboat nie...
Kami berbuka beramai-ramai disini...
Memang murah dan berbaloi dengan cadangan kawan yang mengajak kami kesini untuk mencuba...
Apa lagi kami pun terjah lahhh...
Hanya RM20.90 seorang dan boleh makan pelbagai seafood...
150 jenis seafood segar boleh didapati disini...
Pendek kata makan sampai kenyang laa...
"Pengtingnya; pastikan perut anda kosong sebelum kesini..."

"HaPpY BiRtHdAy"

SeLaMaT HaRi LaHiR Angah 10.09.2009...
SeLaMaT HaRi LaHiR Alang 11.09.2009...
"Doa Along untuk kamu berdua;"
*Semoga panjang umur...
*Dimurahkan rezeki berpanjangan...
*Sihat...
*Beroleh keberkatan hidup dunia dan ahirat...
*Dan sentiasa menjadi anak yang baik...
*Aminnn*

Wednesday, September 9, 2009

"PuAsA Si MiSkiN"

.....PUASA SI MISKIN.....

"Kiriman Uncle adiwarnatasya En.Zumairi"

Sekadar Renungan....;

Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:

"Mana emak? " "Mak pergi menoreh," jawabnya. "Mana bapak?" "Bapak pergi kerja..." "Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan. "Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan. "Awak ada berapa orang adik-beradik?" "Sepuluh." "Adik ni yang ke berapa?" "Saya yang kelapan." "Mana abang-abang kamu pergi?" "Tolong emak menoreh." "Adik puasa hari ini?" "Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..." Jawabnya.

Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu. Lalu aku bertanya lagi "Adik bersekolah dimana?" "Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..". "Bapak kerja apa?" "Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ". Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar. Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu.

Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu. Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit "Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!". Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi. Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar:

Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu."Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik.." Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu? Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari.

Dia berkata"Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat."Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?""Cuma RM3.00 sehari." "Ayahnya bekerja macam mana" "Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."

"Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah..Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"? Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita".....

"MaJLis BeRbUkA PuAsA MBSB"



Hari ini...
Berbaju kurung coklat...
Berselendang coklat...
Nampak ayu berbaju kurung dipadankan dengan selendang coklat kosong...
Berbaju kurung dengan corak abstrak...
Hari ini diwajib bagi semua warga MBSB memakai Baju Kurung atau Kebaya bagi wanita
dan Berbaju Melayu bagi lelaki...
Semperna;
Majlis Berbuka Puasa MBSB bersama-sama dengan;
"Anak-Anak Yatim Amal Limpahan Kasih"...
Meraikan kehadiran mereka disini;
Berbuka puasa bersama-sama dan Solat Terawih berjemaah bersama-sama...
Majlis turut diserikan dengan persembahan nasyid daripada "Kumpulan Nasyid MBSB"...
Penyampaian hadiah,hamper,duit raya dan baju raya kepada anak-anak ini...

"Semoga Allah memberkati Majlis ini Aminnn"









Monday, September 7, 2009

"ThE TrUTh....."

Ilmu untuk dikongsi bersama;


"Untuk Si Pemakai Cincin..."

Nasihat Nabi Muhammad S.A.W kepada Saidina Ali;
Sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan, Nabi Muhammad S.A.W berpesan kepada Saidina Ali kalau memakai cincin pakailah di jari;

1) Jari Manis
2) Jari Kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari;

1) Jari Tengah
2) Jari Telunjuk

Nabi Muhammad S.A.W melarang memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Note : Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau perempuan...

"Bagi yang suka menyimpan kuku pula;"
Walaupun 1mm ataupun hanya jari kelingking...

Bagi orang islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak melambangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak...

Note : Sebaiknya memotong kuku pada hari Isnin,Khamis dan Jumaat...



Friday, September 4, 2009

"LaYaN LaGu SiTi"



"BatasKu AsaKu - Siti Nurhaliza"


Bila kutercipta dari tulang rusukmu
Mengapa ku mampu sempurnakan hidupmu
Bila ku ada karena kau ada
Mengapa kau tak bisa sendiri saja


(*)
Dalam teguh tak larut belaian
Ranum sahaja bukan hiasan
Untaian cinta gapai genggaman
Yakinkan mimpi dalam iman


Batasku sadari raut kodratku
Asaku menari terbalut sorbanmu
Lembutnya jiwa sambut nestapa
Terngiang syahdu iman di dada


Bila cerita tak lagi ceria
Mahligai cinta merona terlena
Senada iman kusimpan derita
Kuatkan hati bersimpuh padaNya...


Hoo...uuuuuu....Hoo.....


(Ulang*)

Note : *Suka Lagu Ini.......*

Thursday, September 3, 2009

"CeLoTeH CiK ZuRa"



"Inilah rupanya Simpul Kasih Adiwarna"
Hari ini ketiga belas sudah kita berpuasa...
Owahhh cepat sungguh masa berlalu...
Semalam kuih raya yang pertama menyusul...
Membuat simpul kasih...
Menggunakan serunding ikan sebagai intinya...
Selain itu boleh juga diletakkan serunding ayam atau daging...
Serunding ini hendaklah dikisar sehalusnya...
Kemudian disimpul...
Memerlukan daya kreatif dan bukan semua orang mampu menyimpul dengan ikatan yang baik...
Agak leka menyimpul kulit popia ini berintikan serunding ikan...
Setelah siap simpul; digoreng dengan minyak sederhana panas...
Goreng simpul kasih ini dengan warna kekuningan...
Ala-ala kuning langsat gitu...
Sedappp......dan melekakan bila makan simpul kasih ini...
Dapatlah menyiapkan dua balang simpul kasih semalam...
Harga dipasaran RM15.00 hingga ke RM 17.00 sebalang kecil...
Mahal tu!!!...
Terfikir; untung juga kalau berniaga simpul kasih ni...
Lebih baik buat sendiri...
Simpul kasih ini agak mahal disebabkan serundingnya pun mahal harganya di pasaran...
Bukan mudah hendak membuat serunding ni ya...
Dipasaran; serunding dijual dengan harga RM30.00 dalam 1kg dan RM15.00 dalam 1/2kg...
Itu sebablah; simpul kasih ini dijual dengan harga yang agak tinggi...
Semua menggemarinya...
Atas permintaan adik-adik yang menyuruh membuat simpul kasih ini...
Hajat kamu Achik dan Adik ditunaikan...
Tahun ini seperti yang disenaraikan;
Membuat kuih raya; Simpul kasih,Batang Buruk,Almond London,Cornflakes Coklat,Biskut Kelapa dan Biskut Cornflakes Madu...
Ini bahagian saya ya...
Mama beritahu semalam; nak mengajar dan menurunkan resipi moyang kepada saya...
Wahhh bestnya dapat belajar membuat kuih karas,goyang dan tempeyek raya tahun nie...
*Ilmu mesti dicari dan rugi tak diwarisi...*



Wednesday, September 2, 2009

"SaKiT PeRutttttttttt"

Dari petang semalam sakit perut...
Hari ini sakit perut lagi...
Rasa tak selesa...
Makan macam-macam rasanya; itu sebab perut terkejut...
Tapi; tak adalah makan beria sangat...
Biasa-biasa jer...
Bangun bersahur pukul 4.30 a.m...
Minum milo jer...
Tak lalu nak makan...
Pas minum milo;
Cuba untuk lelapkan mata...
Tak boleh juga tidur...
Akhirnya ambil tuala;
Mandi awal pagi...
Sejuk sesangat airnya...
Rasa macam air telaga pulak...
Lepas tu mengaji...
Mengaji; hingga masuknya azan subuh...
Solat...
Habis jer solat...
Siap-siap nak ke office...
Lepas itu sidai baju di ampaian...
Kemudian;pergi office...
Ikutkan hati tak larat nak ke office...
Gagahkan juga...
Sebab dalam kepala nie fikir;
Ada kerja penting yang nak dihantarkan...
Harapan; dapat bertahan hingga balik...

Tuesday, September 1, 2009

"Ini BuKaN NuKiLaN;IaNyA ReAliTi"


Inilah yang hendak diceritakan...
Kewangan adalah segalanya...
Sumber yang utama bagi memperolehi segala-galanya...
"Bukan hendak sekaya-kayanya...
Cukuplah sekadar kehidupan yang sederhana...
Itulah kebanyakan yang diungkapkan..."

Akan tetapi; tahukah bila manusia sudah senang, sudah kaya, banyak kewangan dan dengan kehidupan yang mewah semua jadi lain...
Semua berubah...
Mata mulalah jadi kabur pabila duit banyak di depan mata dan didalam simpanan...
Segala tanggungjawab diabaikan...
Aduhaiiiii...

Ingin dikongsi bersama...
Bagaimana seorang anak yang kehidupannya mewah dan senang sanggup menghantar ibunya ke rumah orang-orang tua...
Terlalu banyak...
Lihatlah sendiri di rumah orang-orang tua banyak ibu bapa yang menderita ditinggalkan di sana...
Memang tiada perasaan anak-anak yang berkelakuan sedemikian terhadap mereka...

Anak yang tak sedar diri!!!...
Sembilan bulan dikandungkan didalam perut ibu dengan pelbagai kesukaran;dan seorang ibu sanggup berkorban apa sahaja untuk anaknya...
Demi anak; sanggup seorang ibu ini berusaha menggadaikan barang-barang kemasnya dan menjual tapak rumah yang tak seberapa semata-mata hendak melihat anaknya melanjutkan pelajaran ke universiti dan berjaya di menara gading...

Setelah berjaya mendapat pekerjaan yang baik;kehidupan yang mewah...
Mulalah berubah...
Agama ditinggalkan...
Mula membuat maksiat, dosa, halal dan haram tidak dihiraukan...
Ibu dikampung sentiasa menanti kepulangan anaknya dengan harapan dan kasih sayang...
Tetapi anaknya fuhhh tak sedarkan diri...
Tak ingat langsung ibunya di kampung...
Bukan ibu itu berkehendakkan harta dan kewangannya...
Melihat kepulangan anaknya sudah berharga baginya...
Sudah cukup sejuk dan terubat hatinya...
Anak jenis apakah ini???


Selalu diperkatakan "seorang ibu boleh membesarkan 3 hingga 10 orang anak-anaknya"...
Nyatanya; kebanyakan anak-anak tak mampu hendak menjaga kedua ibu bapanya dengan sebaiknya...
Sedarkah suatu hari nanti kamu juga akan tua, setiap perbuatan pasti mendapat pembalasan...
Bayangkanlah bila kamu sudah tua dan anak-anak kamu berbuat demikian sama seperti kamu membuat ibu bapa kamu...
Ohhh sudah terlambat untuk menyesal dan insaf...
Sekiranya mereka telah pergi...

Kekayaan,kesenangan,kehidupan yang mewah yang diperolehi semuanya daripada doa ibu bapa...
Kamu tidak akan senang tanpa restu dan doa mereka...
"Syurga dibawah telapak kaki ibu beb!!!"...
Hati seorang ibu terguris tanpa kita mengetahuinya;sudah berdosa kamu terhadap ibu itu...

Lihat masa-masa kecil kamu...
Seekor nyamuk pun tidak dibiarkan menghinggap kamu...
Betapa sayangnya ibu bapa itu kepada kamu...
Akan tetapi bila ibu bapa sudah tua dan tidak bermaya,tidak mampu berjalan,tidak berdaya...
Rumah orang-orang tua itulah sasaran yang utama...
Pelbagai alasan diberikan...
Sibuklah; Kerja di pejabat yang tidak berkesudahan...
Ada masalah lah;...
Itu semua alasan!!!...
Alasan!!! Alasan!!! Alasan!!!...

Perihatin melihat ibu ini yang menceritakan keadaannya ditinggalkan sedemikian di rumah orang-orang tua...
Kemanakah hilangnya anak itu...
Anak yang tiada perikemanusiaan!!!...
Hati ibu ini sentiasa menunggu dan mengharap kedatangan anaknya melihat keadaannya...
Tidak mengharap untuk dibawa pulang...
Cukup sekadar datang menziarahinya...
Hanya DOA dan HARAPAN menjadi KEKUATAN untuknya...
Mengharap dan terus mengharap sehinggalah pemergiannya...
Terubat hatinya pabila dapat mendakap anaknya itu...
Itulah HARAPANNYA...

Semoga menjadi pengajaran dan tauladan daripada kisah ini...
Sedih melihat keadaan ibu ini yang sentiasa menanti anaknya itu...
Sayangilah ibu bapa kamu, Jangan biarkan mereka menangis kerana terluka atau mengingati kamu...

"Walaupun diraut wajahnya ceria akan tetapi didalam hatinya siapa yang tahu"