Tuesday, August 25, 2009

"KaWaN BaiK"


Bukannya senang nak cari kawan yang baik...
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik...

Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya...
Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya...
Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kajayaan...

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia...
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya untuk berbuat kebaikan...

Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira...
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa...

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada di sisinya...
Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik...
Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik; kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya...

Kawan yang baik akan sentiasa mondoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya...
Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna...
Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita...

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita; kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya...

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita; kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya...

"Ya Allah.....Jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh HATI seseorang yang HATInya tertaut padaMu;
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu....."

"Ya Allah.....Jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada CINTA hakiki dan RINDU abadi hanya kepadaMu....."
Persoalan;
Adakah anda spt itu utk saya? Adakah saya spt itu utk anda? Jika tidak...;
Sama-samalah kita mencuba menjadi kwn yg baik;InsyaAllah...
Jawapannya;
Andalah menilainya:)
Biar saya yang menilainya:)
InsyaAllah...:)
:: SeMogA TeRjAwAb SuDaH PeRsOaLaN KaMu ArA::





2 comments:

Mesayu Kirana said...

nak cari kawan ketawa ramai...nak cari kawan menangis susah...

adiwarnatasya said...

Mesayu,
Betui tu!!!
"Tapi;kalau nak cari kawan yang betul-betul baik dan boleh dipercayai lagi susah:)"