Monday, August 31, 2009

"HaNyA SeLipaR"

Fuhhh; lega bangat...
Final exam "Semester Kedua" dah........."MERDEKA"
Susah sesangat exam kali nie...
Terasa susahnya...
Menguji minda sungguh!!!...
Rasa lega juga yang diulangkaji keluar...
Haruskah dapat 4 pointer....???
Usaha sudah...
Jawab sudah...
Sekarang;
Berdoa dan Bertawakal...
Semoga success lagi semester kedua nie...
InsyaAllah; Aminnn...:)
28 August 2009...
Sejarah betul...
Pepagi dah hujan selebat-lebatnya...
Memakai pakaian formal sudah semestinya...
Nak exam kan...
Jam sudah pukul 8.10 a.m...
Hujan tak berhenti lagi...
Apa lagi redah la juga...
Kena sampai pukul 8.40 a.m nie...
Sampai sudah di stesen LRT...
Lihat di kaki...
Alamak!!!
Terlupa nak pakai kasut sarung arr!!!...
Tak akan nak berpatah balik...
Tak sempat dah nie...
Mmm belasah la jer...
Selipar pun seliparlah...
"Dalam hati, lepas ker nie; masuk Dewan Peperiksaan???...
Tawakal jer;...
"Ya Allah tolonglah hambaMu ini"...
Harap-harap Pegawai Kementerian tak nampak di kaki "Hanya Selipar"...
Lega; akhirnya sampai sudah di Kolej...
Mmmm kawan-kawan semua bergaya dengan kasut "BERTUTUP" mereka...
Di kaki ini; hanya dengan selipar...
Dari atas; Fuhhh Cantik dan Kemas...
Lihat di kaki Ayyo!!!
Semua kawan-kawan bertanya???...
Apasal pakai selipar???
Apalagi;
Beritahulah; tak nampak ke hari hujan...
"Dengan nada bersahaja"...
Jangan banyak tanyalahhh...
Sahaja jer gimik...
Hehehehehhh:)...
Duk jauh dari kawan-kawan;
Menarik nafas lega dan tenangkan fikiran sebelum exam bermula...
Padahal di hati berdebar nie; takut terkantoi...
Sambil tu keluarkan alat-alat tulis dan IC...
Mmmm.....;
Tepat pukul 8.50 a.m jam di tangan...
Tibalah sudah masuk ke Dewan Peperiksaan...
Diperiksa oleh Pegawai...
Syukurlah;Leganya......;
Pegawai tak lihat di kaki ini...
Alhamdulillah...
Kalau tak;
Tak ambil periksalah gamaknyerrr...

"SaLaM KeMerDekaAn"

31 August...
MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!!...
Salam Kemerdekaan buat negara ku TERCINTA...
MALAYSIA ohh tanah air KU...
Berjiwa 1 Malaysia...
Hidup harmonis dan aman...
Hidup pelbagai kaum dan budaya yang BERSATU...
"Salam Kemerdekaan Buat Semua Rakyat Malaysia"

Thursday, August 27, 2009

"A GooD StaRt To A GrEaT DaY"

A good start
To a great day
Starts with a few
Simple words to say...
I'm thinking of you this morning
And wishing you a fabulous day!
"HaVe A GrEaT DaY!!!
"Happiness keeps u Sweet,
Trials keep u Strong,
Sorrow keeps u Human,
Failure Keeps u Humble,
Success keeps u glowing,
but only God Keeps u Going..."

Wednesday, August 26, 2009

"HaNya.......HaRi LaGiiiiiiiiiiiiiii"

Fuhhh hari ini...
Esok...
Lusa...
Owhhh nak exam dah...
Dah nak dekat nie...
"Semoga success adiwarnatasya"...
Gud Luck buat kawan-kawan yang lain juga...
Berusaha hingga ketitisan akhir...
Cayok!!! Cayok!!!:)

"SeKaDaR SeTiTiS iLmU PeNtiNg NiE.....!!!!!"

"Menguap".....semua orang menguap.....
Tetapi kadangkala terlupa; ataupun tidak tahu; ataupun tidak mahu ambil tahu apakah keburukan menguap nie...
Adapun kalau mengikut hukum, semasa menguap hendaklah menutup mulut...
"Kan nampak manis gitu..."
Tetapi kebanyakan jarang yang mengambil perhatian...
Bunyi yang keluar dihujung proses tersebut pelbagai...;
"Huargh"....."Huh"....."Haaa..... dan pelbagai bunyi menandakan kepuasan melakukan perbuatan menguap ini...
Ketahuilah;
"Syaitan" amat sangat menyukai bunyi menguap...
Nak tahu???
Bunyi menguap ini merupakan satu hiburan bagi syaitan...
Jadi;
Menguaplah dengan tidak mengeluarkan "bunyi-bunyian" tetapi ucapkanlah "istirifar" selepas menguap supaya tidak menjadi kawan syaitan; dan
menghiburkan syaitan-syaitan...

Tuesday, August 25, 2009

"KaWaN BaiK"


Bukannya senang nak cari kawan yang baik...
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik...

Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya...
Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya...
Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kajayaan...

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia...
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya untuk berbuat kebaikan...

Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira...
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa...

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada di sisinya...
Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik...
Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik; kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya...

Kawan yang baik akan sentiasa mondoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya...
Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna...
Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita...

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita; kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya...

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita; kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya...

"Ya Allah.....Jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh HATI seseorang yang HATInya tertaut padaMu;
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu....."

"Ya Allah.....Jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada CINTA hakiki dan RINDU abadi hanya kepadaMu....."
Persoalan;
Adakah anda spt itu utk saya? Adakah saya spt itu utk anda? Jika tidak...;
Sama-samalah kita mencuba menjadi kwn yg baik;InsyaAllah...
Jawapannya;
Andalah menilainya:)
Biar saya yang menilainya:)
InsyaAllah...:)
:: SeMogA TeRjAwAb SuDaH PeRsOaLaN KaMu ArA::





Monday, August 24, 2009

"TaDaRuS Al-Qur'an SePanJaNg BuLaN RaMaDhaN Di MBSB"

Senaskah Al-Qur'an sebagai santapan...
Alhamdulillah hari ini bermula "Tadarus Al-Qur'an" di office...
Membaca Al-Qur'an beramai-ramai secara berkumpulan sehingga khatam sepanjang Ramadhan ini...
Majlis disampaikan oleh Ybhg. Al-Utaz Mohamed Shukeri Yaacob (Ketua Imam Masjid Saidina Umar Al-Khatab)...
Satu santapan yang berharga; mengisi waktu dan solat zohor berjemaah bersama-sama:)
"Marilah kita bersama-sama memanfaatkan bulan yang sangat mulia ini dengan memperbanyakkan ibadah kepada Allah S.W.T.
Amin:)

"PeMbUkAaN RaMaDhAN"


First Ramadhan dengan hidangan KFC...
Makan bersama dengan Kanda Adibah :)...
Tetiba teringat family di kampung;
Kebiasaannya pertama Ramadhan pelbagai juadah hidangan yang best daripada Mama...
Mama akan pastikan semua masakan kesukaan anak-anaknya dimasakkan...
Alangkah bestnya pertama Ramadhan bersama family...
Bersama dengan Abah, Mama dan adik-adik...
Nak balik, Mama beritahu tak perlu balik kampung...
Mama suruh fokus study tuk exam...
Mama tak izinkan balik...
Mama beritahu balik raya nanti...
Walaupun tak balik, Mama tetap masak masakan kesukaan...
Cadangnya, first berbuka;
Nak pergi pasar ramadhan...
Memang suka pergi pasar ramadhan first ramadhan...
Melihat pelbagai juadah yang dijual dan membeli...
Teringat pesan Abah...
Nasihat Abah;
"Makan jangan terlalu kenyang...
Biar makan berulang kali...
Bila terlalu kekeyangan nanti; tak larat nak mengaji dan solat terawih...
Jangan makan ikut nafsu...
Jangan terlalu banyak minum air ais nanti badan letih lesu...
Sebabnya, air ais melemahkan badan..."
Teringat;
Kebiasaanya Abah akan jadi imam dan berterawih di rumah bersama familynya pada hari pertama puasa...
Berbuka bersama sudah semestinya...
Hari berikutnya kami adik beradik mengikut abah ke masjid...
Bila anak-anaknya sudah besar;
Tradisi ini masih diteruskan...
Cuma siapa yang ada sahajalah :)...
Setiap kali bersahur pula;
Mama atau Abah datang ke bilik anak-anaknya menggerakkan kami daripada tidur..
Bangun untuk bersahur bersama-sama...
Mama dan Abah lah orang yang terawal bangun pagi...
Abah akan menolong Mama di dapur menyiapkan makanan bersahur...
Doa berbuka puasa, doa makan dan doa selepas makan tidak pernah dilupakan...
Menjadi rutin kami lima adik beradik membaca doa ini bergilir-gilir...
Tiada sesiapa yang terkecuali...
Semua akan merasa membacanya...
Selepas itu; buah kurma menjadi sentuhan pertama kami sekeluarga dan diikuti dengan juadah yang lain...
Menikmati juadah hidangan dengan gembiranya :)
"Bulan mulia datangnya Ramadhan...
Bersama menunaikan ibadah puasa dengan kusyuk...
Disertai dengan amal ibadat terawih dan diperdengarkan alunan ayat-ayat Al-Quran"


Thursday, August 20, 2009

"SeLaMaT MeNuNaiKaN IbAdaH PuAsA; MoHoN KeMaAfAn Di BuLaN RaMaDhAn"


“SeLaMaT MenYamBuT RaMaDhAn”
Saya memohon maaf di atas semua kesalahan…;
Baik yang tidak disengaja; Mahupun yang disengaja. Mohon Dimaafkan & Diampunkan.
Semoga ibadah puasa kita diberkati dan dirahmati Allah S.W.T.
Amin.

"HanGin HaRi NieEeEe"

HaNgiN hari ini...
Motor pulak buat hal...
Semangat giler nak pi kerja hari ini...
Nak-nak pulak bawak bekal nasi dengan gulai Asam Pedas...
Semangat nak bagi kawan office rasa...
Letak jer kunci...
Start;
WaduHHhhh HangiNnnn motor pulak tak boleh nak start...
Naper la pagi-pagi nie baru nak buat halnyerr...
Semalam motor tu dah bagi warning...
Meter tak gerak...
Pagi nie pulak tak boleh nak start...
WaduHhHhhh...
Selamatlah Jaa tolong pinjamkan motor dia...
Boleh pergi kerja dengan hati yang tak senang...
Dah la terlewat...
Tapi memang tak best pinjam motor orang...
Rasa tak selesa...
Balik karang nak godek-godek motor nie...
Belum sampai sebulan jer servis...
Sajerrr kau nak meragam pulak wehhh...
Patah kaki dibuatnyerrr kau tak ada...
HanGinNn... HanGinNn...HanGinNn

Wednesday, August 19, 2009

"MaRi CeRitA TeNtAnG MaSaKaN"

Haa....;
Apa yang hendak diceritakan oleh Adiwarna nie...
Disebabkan busy yang teramat Adiwarna tak sempat nak mengupdate blog nie...
Rindu pulak nak berblog pagi ini...
Rindu pulak nak menulis...
Pagi nie Adiwarna nak cerita tentang Roti...
Menu pagi nie Adiwarna buat roti telur yang disaluti bawang + cili padi + lada hitam tumbuk; Walahhhh...
Lada Hitam bagus untuk perempuan...
Kalau memasak tak pedas, memang tak sedap...
Pedas itu suatu kemestian Ho ho Ho ho...
Walaupun menu yang agak simple pagi ini dan tak seperti pagi-pagi sebelumnya; meriah dengan sarapan pagi; pelbagai makaroni goreng, mihun goreng, kueh tiaw goreng, nasi goreng kampung cili padi, nasi goreng kampung ikan masin, nasi goreng cina, sandwich double decker dan sebagainya...
Owhhh kenapa banyak benar sarapan pagi Adiwarna berasaskan makanan bergoreng???
Adiwarna memang suka makanan yang bergoreng dan lagi satu masakan yang berkuah yang berasaskan sup-sup seperti kueh tiaw sup, Laksa, Soto, Lontong, Mee rebus dan sebagainya...
Bahaya woo...
Tak bagus untuk KESIHATAN...
Sekali sekala tak apalah Ekekekekkk :)...
Adiwarna suka memasak; berbanding membeli...
Kenapa???
Disamping mendapat kepuasan; dapat makan masakan sendiri yang pastinya sedappp...
Jimat masa...Tak payah datang pagi-pagi berbaris panjang di Cafe...
Sekali sekala tak mengapalah...
Sebenarnya, dah bosan makan kat Cafe asyik makan menu yang sama dan berulang-ulang...
Kekadang tu masakannya tidak memenuhi cita rasa Adiwarna...
Cerewet ke Adiwarna???
Memang Adiwarna cerewet bab-bab makan nie...
Adiwarna tak kisah masakan tu simple...TaPiiii biarlah sedap; cukup rasa garamnya dan penambah perisa...
Paling tak suka kalau masakan ditambah "Pak Aji" yang berlebihan...
Sebabnya Adiwarna mudah sakit kepala bila makan "Pak Aji" berlebihan...
Ntah kenapa memang Adiwarna tak tahan rasa "Pak Aji"...
Kalau sikit-sikit tu Adiwarna boleh la terima...
Kebiasaannya Adiwarna suka letakkan sedikit gula bagi menggantikan "Pak Aji"...
"Pak Aji" tak bagus untuk KESIHATAN wooo...
Tapi apa-apa pun; semua orang ada cara tersendiri untuk memastikan masakannya sedap...
Adiwarna memang suka memasak...
Suka membelek dan membaca buku-buku resipe...
Suka mengumpul resipe-resipe...
Lepas itu; mencuba suatu kemestian:)

Friday, August 7, 2009

"BeRcUti SeKeTikA"

"As Salam" Kawan-Kawan;
::adiwarna-tasya.blogspot.com::
-BeRcUti SeKeTiKa-

Wednesday, August 5, 2009

"Lagi Orkid Mama"





Sempat adiwarna ambil pic nie masa balik rumah mama...
Terlambat nak masukkan dalam blog pic nie...
Owhhh orkid mama berbunga lagi...
Ada kedatangan orkid baru...
Cantiknya bila melihat orkid nie...
Alang turut membantu Mama menjaga orkid-orkid nie...
Nantikan kedatangan orkid-orkid baru Mama...
Mama pasti suka...:)