Tuesday, April 21, 2009

"Al-Kisah"

Note :
Nak kongsi bersama surat khabar METRO Ahad lepas yang mengisahkan melanggani gadis pelacuran...Apalah nak jadi dunia sekarang nie...Mereka sanggup melanggan pelacur dalam masa 24 jam= 1hari....Paling tidak pun sekurang-kurangnya 6 jam...

Seorang Pegawai Eksekutif melayu sanggup menghabiskan separuh daripada gajinya untuk melanggan pelacur nie...Dikatakan Pegawai nie layanannya terlalu istimewa seperti malam pertama pengantin baru berkahwin....Pegawai nie berkata, dia menjadi ketagih dengan keadaan ini dan sanggup membuat appointment dengan bapak ayam bagi mendapatkan khidmat ini.

Malah wanita yang dilanggani terdiri daripada gadis melayu kita n dari negara yang lain...Kalau daripada negara yang lain harganya tinggi hingga mencecah RM 600.00 hingga RM1,000 ke atas. Mereka boleh membawa gadis ini ke mana sahaja...Kenapa n Mengapa jadi macam ni??? Nauzubillah.

Bukannya apa...Tak takutkah dosa? Tak takutkah pembalasan? Tak takutkah HIV? Nikmatnya sementara Padahnya??? Jawablah sendiri yer...

Kisah benar :-

Dalam kisah nie teringatkan pulak kawan yang bernama "E" (tak payahlah sebut nama penuhnya)...Kita kongsi kisah nie untuk jadi pengajaran.

"E" nie kawan sayalah.....anak angkat arwah ayah...di Morib. Hidupnya mewah....seorang gadis Terengganu...Patutlah dia mewah rupanya dia telah menjadi pelacur....Terkejut bila mendapat tahu dia jadi macam nie....Seorang yang berpelajaran. Malah taklah saya untuk meninggalkan untuk tidak berkawan dengannya...Dia nie baik, tetapi akibat ingin hidup mewah, memilih jalan singkat untuk jadi pelacur...Memang cantik...

Pernah tanya pada "E" tak takutkah buat macam ini...Baginya biasa je....Demi duit n kemewahan dia tak kisah..."E" selalu menjadi teman tidur untuk Dato'...Mintak apa sahaja pasti dituruti. Tak takutkah makan duit kerja yang macam tu? Jawapannya mudah sangat, kerana duit..."E" selesa dengan kerjanya...sebab dia tak menyusahkan keluarganya...Dato' tu pula terdiri daripada orang melayu kita...Apa nak jadi..."Berderau darah nie".

Paling kesihan ibunya...di kampung yang mendapat wang bulanan daripada anak ini...Halalkah???...Berpura-pura balik ke kampung dengan tudungnya...berpewatakan seperti gadis yang baik...Tapi berselindung disebalik tudung itu...

"E" selalu mencari saya bila ada sahaja masalah...Bila dia dipukul dan lebam-lebam. Tapi bila senang, dia entah ke mana..."Tenggelam Timbul"...Tapi sayangnya dia berubah menjadi gadis seperti itu....Gadis yang baik saya kenal waktu sekolah dulu berubah seperti itu.

Tak mengapalah...doa sebagai kawan untuknya berubah sentiasa dipohonkan...Semoga suatu hari dia kembali ke pangkal jalan...

*Dah 2 tahun "E" menghilangkan diri...Saya sentiasa tunggu "E" menelefon saya kembali...Saya sentiasa tunggu perubahan "E" seperti yang saya minta dahulu...Adakah permintaan itu "E" menghilangkan diri...*

No comments: