Sunday, October 31, 2010

"Azura:)"

Friday, October 29, 2010

"ThaNk YoU; Allah:)"




















Alhamdulillah syukur saya kehadrat Ilahi di atas pemberianNya...
Aminnn:)
Sejak semalam saya berdebar...
Sebabnya takut keputusan peperiksaan semester ketiga tidak dapat yang baik...
Dalam jangkaan; saya mengagakkan mendapat CGPA : 2++ ke atas sahaja...
Terasa kali ini keputusan jatuh sesangat dan membuat andaian sendiri...
Dalam hati; kali ini mesti tidak berjaya mendapat CGPA : 3++ lagi...
Redha awal untuk menerimanya...
Semasa datang ke kolej hari ini, jantung berdebar sungguh...
Bila pengarah menyuruh sign, dan menyerahkan satu envelop putih...
Ya,Allah berdebarnya...
Pelbagai tekaan, berapalah agaknya pointer saya kali ini kan!!!
Rezeki daripada Allah...
Siapa tahu sekiranya Allah hendak memberi...
Terima Kasih Ya Allah, kerana saya mendapat CGPA : 3.33, Grade : B+
Sangatlah berbesar hati menerimanya...
Saya berjaya mengekalkan CGPA : 3++ ke atas lagi...
Syukur sesangat:)
Imbasan keputusan peperiksaan saya;
Sijil : CGPA : 3.00, Grade : B
Semester 1 : CGPA : 3.87, Grade : A-
Semester 2 : CGPA : 3.44, Grade : B+
Semester 3 : CGPA : 3.33, Grade : B+
Penantian saat akhir semester keempat pula...
Berapa CGPA saya???
Kali ini mesti usaha dengan lebih lagi...
Peluang terakhir saya adalah semester keempat...
Penentu segalanya...
Sekarang saya sudah memulakan langkah untuk berusaha bersungguh-sungguh...
InsyaAllah saya usaha untuk mendapatkan pencapaian terbaik untuk semester terakhir CGPA : 4.00
Amin dan dengan keizinanNya...:)
Setiap kali mendapat keputusan exam;
Orang pertama yang saya akan beritahu adalah tunang saya...
Beliau penguat semangat saya sepanjang pembelajaran...
Doanya sentiasa dengan saya daripada awal pembelajaran hingga ke hari ini...
Beliau sentiasa dengan saya dan kata-kata motivasi yang memberi kekuatan kepada saya...
Semua markah keputusan saya adalah hadiah untuk tunang saya...
Saya sayangkan dia sentiasa:)
::Zai Jian::






Monday, October 25, 2010

"Haku, Dia, Mereka....."

Seminggu sebelum tiba masanya...
Tiada selera hendak makan...
Tetapi rasa hendak makan masam-masam...
Atau perut buncit, atau sakit pinggang, atau sakit sendi-sendi, atau sakit aset utama dan sebaliknya...
Rasa gelisah dan susah hati tak menentu...
Hendak perhatian atau bermanja...

Atasinya pula;...
Baik berpuasa...
Aktifkan diri dengan berskipping...
Menari sambil ikut rentak muzik...
Berjoging...
Baca buku-buku agama...
Keluar bersama kawan-kawan...

Bila sudah tiba masanya...
Rasa lega...
Menahan sakit pula...
Masih tiada selera makan lagi...
Cepat rasa keletihan...
Nampak pucat...

Atasinya pula;...
Banyakkan minum air suam...
Makan buah-buahan...
Makan sayur-sayuran...
Hirup sup panas...

Seminggu berlalu...
Mula berselera hendak makan...
Tetapi awas!!! perlu control...
Nanti bertambah +++...
Bersemanagat semula...
Perut kempis dan hilang sakit-sakit...
Hidup ceria kembali...

Kadang-kala situasi ini bergantung kepada keadaan;
Contohnya; stress di tempat kerja, kekangan kehidupan atau sebagainya boleh memberi impak kepada seseorang...

Bergantung kepada seseorang individu itu...
Penting;
Tahu tanganinya:)...


::Zai Jian::

Saturday, October 23, 2010

DiA...Adam:)
























Dia Adam yang telah diciptakanNya...
Tulang rusuk saya...
Saya sayangkan dia...
Dia banyak mengajar saya...
Banyak membentuk dan membimbing saya...
Mimpi itu nyata...
Bila saya menemuinya...
Terima kasih Ya Allah, menemukan hambamu dengan seorang insan yang
menyayangi saya...
Dengan Adamku...
Hamba berjanji untuk menjadi isteri yang solehah...
Menantu yang baik...
Ibu yang baik dan anak yang baik...
*Cintamu tetap dihati saya...
Selamanya...
*Dia pelangi indah yang Allah janjikan dan temukan untuk saya...
Terima kasih, Ya Allah:)
*Di dalam setiap doaku...
Kusebut namamu...
Kita sentiasa di bawah lindunganNya...
Aminn...
::Zai Jian::










"Maher Zain - For the Rest of My Life:)"

"Bila Cinta - OST Lagenda Budak Setan:)"

"Nei Xin....."

Kenapalah hari ini banyak yang bagi haku sedih...
Bagi haku terasa hati...
Memang susah orang hendak fahamkan kita kan...
Mengapalah masalah datang seharian bertubi-tubi...

Hanya DIA sahaja yang benar-benar faham haku...
Paling dekat...
Tersangat dekat...
Walaupun kadang-kala haku bercakap seorang...
DIA mendengar...
DIA memahami...

Haku sentiasa dengan kekuatan...
Walaupun kadang-kala haku tewas...
Hidup haku dengan senyuman...
Walaupun raut wajah ceria...
Hanya DIA yang boleh mengetahui apa yang haku alami...
Apa yang haku rasa...
Sedih, menangis, ketawa dan gembira...

Seharian hari ini haku menangis...
Haku sangat sedih...
Ya Allah, berikanlah kekuatan sentiasa kepada hambamu ini...
Berdepan dengan semua dugaanMu...

Sudah lama haku tak menangis...
Sebab haku sayangkan mutiara...
Sebab haku dah berjanji tidak akan menangis tanpa bersebab...

Tetapi, haku perlu juga menangis untuk melegakan apa yang dirasa...
Haku tak dapat memenuhi keinginan untuk semua...
Masa dan waktu bantulah haku...
Berikanlah jalannya...

Kalau diikutkan hati, mahu sahaja haku menjerit...
Haku bukannya menyusahkan sesiapa kan...
Ohh rintihan hati, ini hanya dapat kulagukan dalam hati...
Sebenarnya haku tak mampu berkata-kata...
Kerana mata haku sudah bergenang hebat...
Lalu haku membiarkannya mengalir, bagaikan air yang mengalir di daun keladi...
Haku keletihan...
Mata, berikanlah haku ruang untuk tidur...
Nak tidur...
Nak tidur...
Nak tidurRrRrRrrr...

::Zai Jian::




Monday, October 18, 2010

"KaMi...:)"






















Kami yang nakal...
Pintar, bila belajar...
Kalau bersukan, bersungguh-sungguh...
Sekali-sekala berposing kan, hiks:)!!!...
Team Bowling...
Jangan pandang sebelah mata...
Kami pasukan yang hebat...
Owahhh:)
Meraikan kejayaan kami di kolej...
Gembira, pasukan ini berjaya menewaskan pihak lawan...
Kami memberikan kejayaan...
Syabas dan tahniah buat semua "Pinky":)
::Zai Jian::

Sunday, October 17, 2010

"BeRtEmAnKaN SYiRo:)"







Cik Adi tidak pernah rasa keseorangan...
Bertemankan "Si Syiro" Cik Adi ini...
Sepanjang masa dan waktu...
Tambahan pada hari cuti...
Dialah penghibur Cik Adi...
Setiap malam "Si Syiro" tidur bersama Cik Adi...
Dia dari yang lain...
Sangat manja...
Sangat jinak...
Sehari tidak bersamanya sunyi Cik Adi...
Bila malam Cik Adi tidur;...
Dia akan turut bersama tidur...
Bila Cik Adi makan di depannya;...
Dia turut sama makan carrot dan kuacinya...
Bila Cik Adi buka pintu rumahnya...
Dia tahu hendak keluar...
Bila keluar;...
Dia akan memanjat di peha Cik Adi...
Dia sangat suka bila Cik Adi menghulurkan telapak tangan...
Meletakkan makanan di telapak tangan...
Dia akan makan...
Dia akan memanjat;...
Dan menjilat manja di jari Cik Adi...
Setiap minggu di minta mandi...
Pantang jumpa air dan mandiannya...
Bila sudah mandi...
Dia suka dikeringkan bulunya...
Disikat dan dibelai manja...
Cik Adi sayang dia...
Sebab dia sentiasa menemani Cik Adi bila kesunyian...
Bila Cik Adi sedih;...
Dia memahami...
Dia tahu apa yang Cik Adi rasa...
Bila Cik Adi gembira;...
Dia pun turut gembira sambil bermain buaian...
Menunjukkan gelagatnya yang keriangan...
Sengaja Cik Adi asingkan dia daripada yang lain...
Sebabnya dia unik...
Sangat bijak dan nakal...
Kawan-kawan selalu membulinya...
Menggigitnya...
Cik Adi terpaksa asingkan dia...
Sebabnya Cik Adi tidak mahu dia tercedera dan mati...
Dialah "Syiro"...
Seekor "hamster jantan" jenis winter...:)
::Zai Jian::

Saturday, October 16, 2010

"BaJeT 2011 MeNyeBaR KeMaKmUrAn:)"

Seharusnya berbangga dengan belanjawan semalam...
Bajet 2011...
Mari kita lihat;:)

*Imbuhan khas RM500 kepada penjawat awam Gred 54 dan ke bawah...
*Kadar tol 4 lebuh raya Plus tidak dinaikkan untuk 5 tahun...
*Skim Rumah Pertamaku untuk isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah dan harga rumah di bawah RM220,000...
*Pemansuhan duti import ke atas 300 barangan kegemaran...
*Sistem Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dimansuhkan...
*Pembinaan menara 100 tingkat dijangka siap pada 2015...
*Cuti bersalin fleksibel ditambah sehingga 90 hari bergaji penuh...
*Kenaikkan elaun Pengerusi JKKK, Tok Batin (RM800), Imam (RM750) dan Guru Kafa (RM800)...
*Gaji minimum pengawal keselamatan RM500...
*Cukai semua jenis telefon bimbit dimansuhkan...

*Komen daripada Cik Adi:);

Paling Cik Adi suka dengan Skim Rumah Pertamaku...
Memberi kelebihan kepada golongan muda gaji RM3,000 dan boleh merancang menetap di rumah sendiri dengan lebih awal dan kelonggaran juga turut diberikan kepada mereka yang berpendapatan kurang RM4,000...
Bagus kan:)...

Haa...jaminan kerajaan terhadap 10 peratus bayaran pendahuluan rumah di bawah RM220,000 pembelian, memberi impak yang baik kan kepada kita (golongan muda)...

*Note : Jadi, selepas ini golongan muda seharusnya membeli rumah la dahulu berbanding sebelum ini yang lebih suka membeli kereta hiks!!!;)...

::Zai Jian::




"Sa Lang Ha Ne' n...:)"
















Cik Adi merindui chenta hati...
Walaupun jauh di mata...
Dia sentiasa di hati...
Dari jauh Cik Adi doakan yang terbaik untuk dia...
Berjaya dan di permudahkan segala urusan kerjanya...
Di tambahkan rezeki berpanjangan...
Sentiasa di bawah lindunganNya...
Dia lah Adam Cik Adi...
Kurniaan daripada Ilahi...
Permata dalam rindu...
Hadiahkan untuknya...
Saling memerlukan...
Bila berjauhan...
Hanya dia "chenta hati Cik Adi" cintai...
Syukur Cik Adi kepadaNya...
Dipertemukan dengan dia "chenta hati Cik Adi"...
Alhamdulillah...:)
Kekuatan dia ada pada Cik Adi...
Mampu berdiri dan berdikari...
Mengejar cita-cita dan impian hati...
Demi masa depan hakiki...
Dia penguat semangat Cik Adi:)...
::ZAi Jian::









Sunday, October 10, 2010

"NaSi LeMoN + AYaM MaSaK MeRaH RoSe:)"





































Hayokkk jom tengok:)...
Lama betul Cik Adi tidak masukkan menu di blog...
Hari ini Cik Adi mencuba resepi Encik Sifu, "Nasi Lemon"...
Cik Adi padankan "Nasi Lemon" bersama "Ayam Masak Merah Rose"...
Kiranya sama macam kahwinkan masakan ini...Hiks!!!:)...
"Ayam Masak Merah Rose disarikan bersama daun kari goreng,kacang peas,halia,sedikit lengkuas,gula melaka atau kabung,pati santan dan bahan-bahan tambahan yang lain...
Menu ini rekaan Cik Adi...
Sangat-sangat sedap dan menambat selera...
"Nasi Lemon" ternyata sedapnya...
Percubaan pertama Cik Adi...
Aromanya yang harum ketika nasi sedang bergembut ternyata teruja...
Membuatkan perut kelaparan...
Hendak pula makan nasi panas-panas...
Aduhh:)...
Sungguh sedap hirisan kulit lemon yang dipotong halus dicampurkan bersama dengan nasi...
Unik dan begitu menarik...
Cik Adi hanya memasak untuk dua orang makan sahaja...
Sangat senang memasak Nasi Lemon ini...
Begitu mudah...
Ternyata menyelerakan:)...
Memang sedap Encik Sifu,Cik Adi menyukainya:)...
::Zai Jian::

Tuesday, October 5, 2010

"BaNdUnG - InDoNeSiA (West - Java)"...




































Keunikan...











Dekat di hati...
















Indah...
















Cantik...
Nian...















Kagum...
















Mendamaikan...

































Keaslian...
















CiptaanNya...








Menyelerakan...

Menambat hati...

Percutian kali ini ke Bandung...
Rasa macam mimpi dapat ke sini...
Sangat menarik setiap lokasi yang dikunjungi...
Lokasi :
*Tangkuban Perahu
*Kampung Daun
*Rumah Mode
*Cihampelas Walk
*Pasar Baru
*Kartika Sari
*Rumah Makan Simpang Raya (Rasa Padang)
Paling tidak dapat dilupakan bila Cik Adi tidak sedar bershopping...
Menikmati keenakan masakan di Bandung yang begitu sedap...
Sekiranya diberi peluang untuk ke Bandung, hendak sahaja Cik Adi pergi lagi Hiks!!!...
Kedatangan ke Bandung, kebetulan pada hari itu adalah semperna bangdarnya yang sudah pun mencecah 200 tahun...
Masyarakatnya 90% islam...
Sangat berbudi bahasa...
Pergi ke mana sahaja tempat makan,pasti ada tempat solat...
Kagum sungguh kan...
Bandung masih aman tanpa kesengketaan dan tidak seperti Jakarta...
Masih selamat untuk kunjungi ke sana...
Mengenai citarasa, sebabnya Cik Adi sukakan suasana kampung...
Boleh merehatkan minda...
Dapat menggunakan duit berjuta-juta rupiah...
Kaya sekejap Cik Adi di sana...
Hiks!!!...
Melihat kehidupan di sana, suatu keunikan dapat mengenali kehidupan masyarakat Indonesia (Bandung)...
Paling suka dapat makan ulam-ulaman mentah...
Owahhh nikmatnya...
Sangat sesuai dengan citarasa Cik Adi...
Petua awek muda selalu...:)
::Zai Jian::













Saturday, October 2, 2010

"DiARi..."


Pejam celik,sudah bulan sepuluh...
Tiga bulan terakhir 2010 bulan terpenting buat Cik Adi...
Seharus memanfaatkan sebaiknya...

Mengikut perancangan terkini dan tertulis di dalam diari hidup Cik Adi...
Cik Adi harus melaksanakannya mengikut keterlitian...
Didoakan segala yang tertulis dapat dilaksanakan dengan baik...
Mudah-mudahan...
Dengan keizinan-Nya...
Nyatanya Cik Adi puas dengan seusia sekarang...
Dapat menjalani kehidupan dengan sebaiknya...
Berkat sokongan keluarga,yang tersayang,sahabat dan kawan-kawan...
Kalaulah dunia ini boleh berputar semula ke usia remaja dahulu,Cik Adi hendak juga kembali...
Hiks!!!...

Ketawa,gembira,kesedihan adalah teman sejati dalam hidup Cik Adi...
Tidak mustahil atau sebaliknya yang terjadi...
Semuanya ada hikmah...
Ada hidayah...
Semuanya sudah tertulis...
Tersurat mahupun tersirat...
Alhamdulilah yang baik datang daripada-Nya...
Buat kata Mama dan Abah,mereka sudah puas menjaga Cik Adi...
Dengan pelbagai kerenah dan teletah...
Bermacam ragam dan perangai...

Seusia sekarang Cik Adi sudah besar...
Sudah dewasa...
Cik Adi akan melalui perjalanan setiap tahun...
Hari demi hari...
Dengan kehidupan mendatang...
Perlu tempuhi...
Dengan penuh kecekalan dan ketabahan...
InsyaAllah...
::Zai Jian::