Tuesday, March 31, 2009

"April Fool & Valentine Day"

Selain Valetines Day, terdapat satu lagi budaya barat yang meresap dalam diri umat islam khususnya golongan muda iaitu Fool?s Day atau April Fool.

Jika Valentine Day disambuat 14 February setiap tahun, April Fool pula berlaku pada 1 April setiap tahun. Mereka yang meniru budaya ini merasakan seri persekitaran itu akan hilang pabila peristiwa-peristiwa itu tidak diraikan.

Apa yang dibimbangi ialah pemikiran seperti ini terus berleluasa dan bertentangan dengan batas syarak atau sebaliknya....

Note :

Menurut sejarah, Fool?s day atau April Fool mula diraikan sewaktu kejatuhan kerajaan islam yang bertapak berkurun lamanya di Granada, Sepanyol yang ditawan oleh tentera Kristian. Akibatnya, penduduk islam terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera Kristian ternyata tidak berpuas hati dan cuba menghapuskan orang Islam dari bumi Sepanyol.

Menurut sejarah lagi Valentine?s Day pula, tentang pembunuhan beramai-ramai orang islam (dalam sejarah islam) dan meraikan paderi Kristian (dalam sejarah Kristian) ....So, itu apa yang adiwarna tahulah sejarah kedua-duanya....Orang Kristian nie memang bijak...Mereka sentiasa berusaha nak jatuhkan umat islam....
Sekarang pun dah boleh nampak ketara berapa ramai orang islam dah menukar agamanya kepada agama Kristian....Na'uzubillah...Minta disimpangkan.....Semoga Allah tetapkan iman dan agama kita kepada Allah S.W.T sentiasa....Amin...

Monday, March 30, 2009

"Nantikan..."

Take Note :

Nantikan penulisan cerpen daripada ADIWARNA.....

Akan Datang....

Tungguuuuuuu......

"Kelebihan BISMILLAH"

1) Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2) BISMILLAH untukmu dan umatmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. (Hadis Qudsi)

3) BISMILLAH diturunkan ke dunia, semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan...

4) BISMILLAH menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5) Sesiapa yang ingin kehidupan bahagia dan mati syahid, bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara baik.

6) Jumlah huruf dalam BISMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19. Ibnu Mas'ud berkata: "Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka, bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari."

7) Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, "Siapa yang membaca BISMILLAH, kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya."

8) Sesiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9) Dengan membaca BISMILLAH juga akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10) BISMILLAH yang dibaca 21 kali ketika hendak tidur, akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

11) Membaca BISMILLAH 50 kali dihadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada pembaca.....

Saturday, March 28, 2009

"Proposal, Bowling, Beb"

Minggu depan kena hantar Proposal "Annual Dinner"...Cabaran baru nie...Walaupun diberi tempoh seminggu tuk siapkan Proposal...InsyaAllah boleh siap...
Then, minggu depan gak 5.04.2009 (Ahad) pertandingan bowling di Ampang Point...pukul 2.30 p.m.Gud Luck tuk group ku di Kolej....Semoga sama2 leh kalahkan pihak lawan....
Isnin meraikan majlis tuk Prabhakaran yang akan bertukar ke Department lain....Susah gak tak ada Beb...Mmmm dialah selalu tolong betulkan Grammar English, setiap kali buat Memo, Manual n apa2 Letter....Nampak gayanya kena belajar betulkan Grammar sendirilah lepas nie....

Tuesday, March 24, 2009

"Macam-macam Hari Ini"

Mmm hari nie kecewa sesangat coz tak dapat pergi office....Hujan yang teramat lebat akibatnya basah = baru lepas mandi dalam bilik air....

Kenapa perlu EL??? Ahhh benci dengan EL...Tak suka EL....Tapi tak ada pilihan....
Walaupun bosan teramat sangat dirumah dan hampir kebingungan....,cari jalan pergi KFC, layan diri sorang-sorang sambil menikmati kesedapan rasa ayam KFC....Tak habis pun makan...Ntahhhh apa yang difikirkan...rasa tak sedap hati jerrr....

Pergi kedai buku, cari bahan-bahan tuk buat assignment...pas tu pergi Ampang Point baiki Laptop yang bermasalah...Penat yang berbaloi coz ada something yang boleh dibuat....Siap tido extra lagi....akhirnya pukul 3.00 pagi baru dapat lelapkan mata malamnya....

Melayan kerenah Cik Na...kawan baik coz turut sama yang tengah study (sekarang di Universiti Kuala Lumpur)....Cik Na lagi hebat tidur lewat daripada Zura....Cayalahhhh...Power la kau Cik Na, wat Kos Engineering.....Pandai gak sahabat ku nie......

Aku doakan kau success n berjaya dengan cita-cita kau....n dapat result gempak.....Semoga kita habis sama-sama study dengan jayanya tahun 2011...InsyaAllah......Cayang kau....

Note : Buat elok-elok presentation nanti...Cantik Azwa buat....tak sangka dia sekreatif itu.....

"Entry Khas Buat Nonie"

Thanks you very much nonie....Cayang kau....Kau sahabat yang baik....Cantik sangat...Zura suka...Nnt dah tak busy sangat Zura call nonie yaa...Take Care Always....Muachhhh

Sunday, March 22, 2009

"Tertido Dalam Kelas"

Sakit kepala teramat sangat...coz minggu nie tak da satu hari pun tidur awal....Tido pukul 3.00 a.m. setiap hari....Huhuhuuu...

Biasalah untuk student....Assignment yang perlu diserahkan minggu depan perlu disiapkan....Dalam kelas tertido time Lecturer En.Syuk mengajar....Lena siut....ZZzzzzzzzzz

Sedar-sedar kelas dah nk habis.....Hairannya, semua membiarkan sahaja tidur lenaku ini......ekekekekekk.Agaknya mereka tahu keletihan dan kepenatan ini....hihihiiiiii

Hidung nie dah berbekas picit.....akibat sakit kepala....3 biji panadol dah ditelan sebab tak tahan sangat sakit kepala nie....Bahayanya.....Pas nie taubat, tak nak buat lagi makan panadol berlebihan.....

Sunday, March 15, 2009

"Meraikan di McD"




"Meraikan kejayaan masing-masing di McD selepas ambil Result....Congratulation untuk semua"
(Foto di atas bersama dengan Kak Rose, Kak Im, Kak Ina, Maria, Ain, & Maz)
Note :
*Thanks Prabhakaran n bos belanja makan di Secret Recipe pada 13.03.2009 semperna Hari
Lahir ku yang ke 27 tahun dengan kawan-kawan office Department Risk Management and
Organization & Methods.
*Thanks kepada Norbaizura x student kos Office Management yang masih ingat bufday ku n
gambar MMS yang menarik.... n kawan-kawan yang lain...
*Thanks buat Kak Zie kakak ku sayang....Zura tahu akak yg call pada 13.03.2009 hari tu....sory
zura busy sesangat...sbb pindah ke floor lain......

"Hadiah Birthday Untuk Sendiri Gempak"

14 MARCH 2009 = 14 MARCH 1982
14 hb 2009 Sabtu hari yang ditunggu....Alhamdulillah bersyukur kepada Allah S.W.T Semester Pertama mendapat GPA 3.87, Grade A- and mendapat Title Junior Business Management and Secretary...
Hapy sangat Usaha+Doa+Tawakal....Terkejut juga just target GPA 3.00 sahaja...Alangkah terperanjatnya selepas buka envelope di Kolej "Hanya buka separuh jer (berdebarla niee)....n lihat2 A,A-,A,A-,A....terus menjerit kegembiraan tanpa disedari dah ada dalam dakapan Lecturer dan dikerumuni kawan2 seperjuangan....sambil mengucapkan Congratulation....."
Dikesempatan ini mengucapkan tahniah juga buat Kak Rose,Kak Im yang berjaya dengan cemerlang juga....n buat kawan-kawan yang lain Maz,Ain,Aisyah,Mona,Kak Ina,Maria dan semuanya lahhhh....tahniahhh....daripadaKu untukMu.....
Ada tiga semester yang mendatang semoga sama-sama SUCCESS......
Note :
*Thanks kepada tunang, Ahmad Fuad Rosedi yang banyak memberi semangat,galakan,sokongan untuk Jue further study n doa yang berpanjangan...Ini hadiah daripada Jue buat Art...Muachhhh
*Thanks kepada mak n abah yang selalu doakan kejayaan untuk Along n adik2.....
*Thanks kepada mak n abah Fuad yang mendoakan untukku di Mekah.....
*Thanks kepada Lecturer En.Syukri, En.Alif, Puan Jem, Cik Kaladevi n Mr. Prem
yang memberi ilmu tanpa jemu disebabkan KU yang terlalu banyak bertanya n
berceloteh dalam kelas....(Bertanya ilmu yaaa).
*Thanks kepada Fatiyah,Prabha n Ikhwan yang selalu menolongku....
*Thanks kepada bos Shariffah Hizan n En.Azizan yang galakan ku belajar lagi.....
*Thanks kepada semua Department Legal.....8th Floor
*Thanks buat adik Dilla teman celoteh n pemberi semangat+................
*Thanks buat kawan-kawan baik Julima,Zuhira,Cik Na,Raihan yang selalu sokongku+ doa.......
*Thanks juga akhirnya buat semua kawan-kawan yang lain......
(terlau banyak tuk disebut)
THANK YOU VERY MUCH doa+galakan+sokongan+semangat

Saturday, March 14, 2009

"My Birthday"




"Thank you very much" Art hadiah Birthday tuk Jue...Hasil kreativiti yang menarik n unik.....Thanks juga buat Dd yg bersusah payah menyahut cabaran Art....Art yang sukakan sesuatu kelainan...Bukan senang nak cari 27 teddy saiz sebesar jari kelinking.....Sweet sangat teddy yang Jue dapat nie....3 kuntum roses, 14 biji coklat Ferrero....Genaplah sudah umurku 27 tahun pada tahun 2009...(14 March 1982)...Bertambahlah koleksi teddy Jue yang disimpan sejak umur 5 tahun lagi.
"Sayang Art"



Wednesday, March 4, 2009

"Celebrate Suriani"






"Semoga akak success dengan kerja baru and Gud Luck"
*Thanks luangkan masa bersama-sama kami*





Monday, March 2, 2009

"Petua 8P"

"Tips Kebahagian Rumah Tangga"

1) P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2) P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang. (hanya untuk yang berkahwin saja yerrr)

3) P seterusnya ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4) 'Perhatian' adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

5) P seterusnya mewakili 'persefahaman'.

6) P selanjutnya membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7) Satu lagi P adalah 'percutian' di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

8) P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Note :

* Doa untuk merapatkan hubungan suami isteri;
Surah Al-Imran ayat ke-31

* Kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah kerana apabila seseorang insan mengabaikan tanggungjawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.....

* Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggungjawab terhadap keluarga.....